Nafas baru karya klasik

Nafas baru karya klasik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Nafas baru karya klasik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Nafas baru karya klasik
link : Nafas baru karya klasik

Baca juga


Nafas baru karya klasik

Sewaktu pengarah Kenneth Branagh masih kanak-kanak, ibunya gemar membaca novel fiksyen berkaitan kes siasatan jenayah.

Antara karya yang mencuri perhatiannya ketika itu adalah novel penulis terkenal Agatha Christie, Murder on the Orient Express.

“Ia karya bagus kerana plot cerita sangat jelas dan menarik. Saya masih ingat saat membaca buku itu dan menghayati ceritanya,” katanya.

Novel yang diterbitkan pada 1934 itu mengisahkan pembunuhan lelaki bernama Samuel Ratchett dalam kereta api Orient Express dan penyiasat warga Belgium, Hercule Poirot perlu menyelesaikan kes itu dalam masa singkat.

Seramai 13 individu disyaki pembunuh lelaki itu dan suspek perlu dicari sebelum kereta api itu tiba di Paris.

Terpesona dengan perkembangan cerita novel itu dan siasatan Poirot membuatkan Branagh berminat mengangkat novel itu ke layar perak.

Malah, Branagh turut membintangi watak Poirot dan filem itu dijangka menemui penonton di Malaysia pada 30 November ini.

“Saya bukan bermaksud novel itu adalah yang terbaik. Cara Agatha Christie menerangkan serta menggambarkan 15 watak mudah difahami pembaca,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai pembikinan filem berkenaan, Branagh menjelaskan tindakannya memberi nafas baru kepada karya berusia 84 tahun itu supaya ia seiring dengan peredaran masa kini.

“Dunia sudah berubah dan karya hebat juga perlu adaptasi dengan suasana zaman sekarang. Selain itu, saya juga ingin melihat bagaimana setiap watak seperti Ratchett berkembang,” katanya kepada ABC, baru-baru ini.

Bagi versi Branagh, filem itu memulakan kisahnya di Baitulmaqdis dengan memaparkan Poirot sedang menyelesaikan sebuah kes membabitkan kecurian barang antik.

“Saya mahu penonton menyaksikan permulaan filem dengan Poirot beraksi. Jadi, apabila babak kereta api bermula, penonton sudah mengetahui latar belakangnya,” katanya.

Selain Branagh, filem Murder on the Orient Express turut menampilkan barisan pelakon terbaik Hollywood seperti Penelope Cruz, Willem Dafoe, Judi Dench, Johnny Depp, Michelle Pfeiffer, Daisy Ridley dan Josh Gad.

The post Nafas baru karya klasik appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Nafas baru karya klasik

Sekianlah artikel Nafas baru karya klasik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Nafas baru karya klasik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/nafas-baru-karya-klasik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :