Judul : Mengamuk Dituduh Hamil
link : Mengamuk Dituduh Hamil
Mengamuk Dituduh Hamil
Miley Cyrus merupakan antara bintang yang memang rajin menyapa peminatnya di laman sosial. Selain Instagram dia sering mengajak peminat berkomunikasi menerusi akaun Twitter miliknya, @MileyCyrus.
Baru-baru ini, kekasih Liam Hemsworth ini bersemangat mengajak peminat berbual ketika sambutan hari ‘Thanksgiving’ sekaligus dengan sambutan hari ulang tahun kelahirannya (yang jatuh pada tanggal 23 November lalu).
Dia juga memuat naik sekeping foto menunjukkan dirinya dengan gaya yang santai. Selain itu jelas kelihatan bentuk badannya terutama bahagian perutnya yang agak buncit.
Lantas mengundang tanda tanya serta spekulasi kalangan pengikutnya mendakwa pelantun lagu hits Wrecking Ball ini sudah hamil.
Tambahan baru-baru ini berlegar gosip mendakwa dia dan Liam sudah pun rasmi bergelar suami isteri sejak April lalu.
Bagaimanapun Miley nampaknya berang selepas membaca komen-komen tersebut sekali gus menyifatkan sebagai biadap seperti ini.
“Biadap! Saya tidak hamil, saya hanya kerap makan Tofurkey,” tulisnya.
The post Mengamuk Dituduh Hamil appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Mengamuk Dituduh Hamil
Anda sekarang membaca artikel Mengamuk Dituduh Hamil dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/mengamuk-dituduh-hamil.html