‘Masih ingat lirik’

‘Masih ingat lirik’ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Masih ingat lirik’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Masih ingat lirik’
link : ‘Masih ingat lirik’

Baca juga


‘Masih ingat lirik’

PENYANYI kumpulan May, Mus mengakui daya ingatannya masih lemah selepas dia dikomakan akibat demam panas pada Julai lalu.

Mus atau nama sebenarnya Mustafa Din berkata, buat masa ini dia mengambil masa untuk mengingati semula beberapa perkara yang berlaku terhadap dirinya.

“Kawan yang sudah lama saya kenal pun saya boleh lupa. Kalau jumpa berdepan memang kena ambil masa untuk ingat .

“Lebih teruk, apabila masuk studio rakaman saya sudah lupa alat-alat muzik yang perlu saya mainkan. Mujur ada pembantu di studio yang akan menguruskan alat muzik dan teknikal di studio. Selain itu, saya juga mengalami kesukaran untuk mengingati jalan yang biasa digunakan. Jadi, saya akan membawa pembantu peribadi menemani saya sepanjang masa.

“Boleh dikatakan, segala perkara yang berlaku setahun hingga dua tahun lalu banyak yang saya tak ingat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Mus, doktor memberitahu kehilangan sebahagian ingatan adalah kesan daripada rawatan ketika dikomakan dan akan berlanjutan selama enam bulan.

Buat masa ini, penyanyi yang terkenal menerusi lagu Cintamu Mekar Di Hati dan Sendiri itu perlu menunggu selama lebih tiga bulan sebelum ingatannya kembali pulih sepenuhnya.

“Tindak balas ubat yang diambil sekarang ini juga membuatkan sebahagian ingatan saya lemah. Buat masa sekarang, saya ikut sahaja arahan doktor untuk mengambil ubat dan menjaga pemakanan,” katanya.

Mus berkata, dia bersyukur kerana di sebalik kehilangan sebahagian ingatan dia masih boleh bekerja dan menerima undangan nyanyian.

“Alhamdulillah, saya masih boleh bekerja dan mampu mengingati setiap lirik lagu May dengan baik. Mungkin sebab lagu itu sudah hadam lama dalam ingatan,” katanya.

The post ‘Masih ingat lirik’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Masih ingat lirik’

Sekianlah artikel ‘Masih ingat lirik’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Masih ingat lirik’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/masih-ingat-lirik.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :