Judul : Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’ – Sharifah Sakinah
link : Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’ – Sharifah Sakinah
Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’ – Sharifah Sakinah
Aktres Sharifah Sakinah, 28, berharap dirinya tidak dilabelkan sebagai ‘bimbo’ gara-gara wataknya yang gila-gila menerusi drama Girlfriend Aku Dari Neraka.
Meskipun dia popular dengan karakter bersahaja dan suka melawak ketika di luar drama namun ibu anak satu ini menegaskan wataknya dalam drama arahan Dira Abu Zahar itu hanyalah lakonan semata-mata.
“Jangan panggil saya ‘bimbo’. Saya memang marah sangat jika ada peminat yang melabelkan saya sedemikian.
“Fungsi saya dalam dunia hiburan ini bukan ‘bimbo’ semata-mata. Selepas ini saya tidak mahu lagi mengambil karakter sebegitu” katanya seperti yang dilaporkan Kosmo!
Dalam ‘kamus’ generasi baharu, bimbo merupakan gambaran wanita muda yang menarik tetapi kurang kematangan.
Mengenai perkembangan terkini, Sakinah kini sibuk di lokasi penggambaran drama Suamiku Mat Piun lakonan bersama Along Raja Lawak dan Mark Adam.
The post Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’ – Sharifah Sakinah appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’ – Sharifah Sakinah
Anda sekarang membaca artikel Jangan Panggil Saya ‘Bimbo’ – Sharifah Sakinah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/jangan-panggil-saya-bimbo-sharifah.html