Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop

Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop
link : Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop

Baca juga


Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop

“DUA tahun kami makan hati dengan dia,” itulah kata bapa kepada Usop mendedahkan perangai sebenar anak lelakinya itu sewaktu usia kecilnya.

Noor atau nama sebenarnya Muhamad Noor, 46, berkata dia dan isteri diberi dugaan apabila Usop yang dilahirkan tidak berhenti menangis.

Peristiwa itu berlanjutan selama dua tahun sehingga mereka habis melakukan ikhtiar untuk menghentikan masalah itu.

Bagaimanapun, Noor menganggap ada hikmah di sebalik dugaan tersebut.

“Usop suka menangis. Bukan bermaksud kami susah menjaga Usop. Tapi dari Maghrib sampai ke Subuh dia tidak berhenti menangis.

“Mungkin Allah mahu menduga dan kami reda sebab ada hikmahnya. Alhamdulilah, rupa-rupanya dia menangis berlatih nak jadi penyanyi,” katanya sambil ketawa.

Ibu dan bapa Usop ditemui di majlis Meet & Greet Usop Mentor di Restoran Nelayan Gombak pada Sabtu lalu.
Menurut ibu Usop pula, Rohana Zakaria, 42, penyanyi yang lahir dari program Mentor Millenia 2017 itu rajin menolongnya memasak untuk perniagaan katering diusahakan mereka tanpa disuruh.

Selain itu, Usop juga pernah bekerja dengan syarikat servis penghawa dingin sebelum bergelar seorang penyanyi.

“Usop pernah kerja servis penghawa dingin dan tolong saya masak untuk perniagaan katering.
“Ketika itu umur dia 16 tahun. Dia rajin membantu tanpa disuruh walaupun ketika itu dia masih belajar,” ujarnya.

Manakala guru Usop ketika di sekolah rendah pula iaitu, Jamaliah Yahya, 44, berkata penyanyi itu seorang yang pendiam dan tahu menjaga kata-kata apabila berbicara.

Bakat nyanyiannya mula dilihat ketika memasuki sekolah menengah dengan memasuki pertandingan dikir barat.

“Kalau orang tak kenal Usop ini memang nampak sombong. Tapi yang sebenarnya dia seorang yang pendiam.

“Ketika sekolah dia memang jarang bercakap dengan cikgu tapi hanya berborak dengan kawan-kawan sahaja.

“Dia akan jaga percakapan atau kata-kata apabila nak bercakap. Bakat Usop mula dilihat ketika dia menyertai Dikir Barat di sekolah menengah,” kata Jamaliah.

Jamaliah merupakan guru Matematik ketika penyanyi tersebut berusia 10 hingga 12 tahun di Sekolah Kebangsaan Lunas Jaya, Kedah dan juga merupakan salah seorang pengendali kelab peminatnya.

Usop, 20, atau nama sebenarnya Muhammad Saiful Naim sebelum ini dikritik kerana gagal memberi kerjasama dengan pihak media namun ia sebenarnya salah faham kerana dia masih baru dalam dunia seni.

The post Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop

Sekianlah artikel Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ibu-Bapa Makan Hati Perangai Usop dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/ibu-bapa-makan-hati-perangai-usop.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :