Judul : Elyana Fobia Tidur Malam Selepas Disahkan Mengidap Kanser
link : Elyana Fobia Tidur Malam Selepas Disahkan Mengidap Kanser
Elyana Fobia Tidur Malam Selepas Disahkan Mengidap Kanser
Tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminatnya, akhirnya Elyana mendedahkan dirinya menghidap kanser limfoma atau kelenjar tahap empat.
Memetik laporan BH online, penyanyi ini berkata dia menghidap kanser tahap kedua sejurus selepas melahirkan cahaya mata sulung, Cinta Sumayyah, kira-kira tujuh tahun lalu.
“Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar.
“Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain,” katanya.
Tambahnya lagi, dia turut fobia untuk tidur pada sebelah malam kerana takut tidak dapat berjumpa dengan anaknya lagi.
Malah, Elyana turut mengingatkan anak perempuannya mengenai kanser yang dihidapinya hampir setiap hari.
“Saya fobia hendak tidur malam kerana takut tidak dapat melihat dan berjumpa dengan anak saya lagi. Itu saja ketakutan saya hampir setiap hari,” kata Elyana.
Dia turut memberitahu, kehilangannya dalam radar dunia seni kerana menjalani rawatan dan berada dalam keadaan lemah.
“Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang.
“Syukur umur saya panjang sampai hari ini,” katanya.
Dia juga mengingatkan pesakit kanser yang lain agar terus positif berjuang melawan penyakit itu.
The post Elyana Fobia Tidur Malam Selepas Disahkan Mengidap Kanser appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Elyana Fobia Tidur Malam Selepas Disahkan Mengidap Kanser
Anda sekarang membaca artikel Elyana Fobia Tidur Malam Selepas Disahkan Mengidap Kanser dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/elyana-fobia-tidur-malam-selepas.html