Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri

Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri
link : Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri

Baca juga


Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri

Cikgu suruh buat kerja sendiri, tak belajar dan hanya main bersama rakan-rakan dalam kelas menjadi punca sebahagian besar pelajar tidak ke sekolah pada hari-hari terakhir sebelum menjelang cuti sekolah akhir tahun.

Seorang murid tahun lima yang hanya mahu dikenali sebagai Haniff berkata, dia kini berselang-seli pergi sekolah kerana tidak tahu apa yang boleh dilakukan hinggalah sesi sekolah tamat.

Dia yang tinggal bersama neneknya hanya menjaga adik di rumah dan sudah dua hari tidak ke sekolah sejak minggu lalu.

“Buat apa nak ke sekolah, bukan ada buat apa pun. Dahlah tak belajar, cikgu pun tak marah kalau ponteng. Tapi saya akan pergi juga sekolah, mungkin dalam tiga hari terakhir takut kalau ada apa-apa cikgu nak maklumkan.

“Kalau di sekolah ada aktiviti sukan, seronok juga. Ini tak ada apa-apa pun nak dibuat,” katanya ketika ditemui berjalan bersama rakannya di kawasan kedai di sini.

Seorang lagi murid tahun lima hanya mahu dikenali sebagai Azli berkata, jika ada aktiviti atau program makan-makan barulah dia mahu ke sekolahnya terletak di Puchong, di sini.

“Bukan saya tak mahu pergi sekolah, memang tak ada buat apa pun. Hari-hari buat kerja sendiri di sekolah pun bosan juga. Bukan boleh pergi padang pun, kena duduk dalam kelas saja buat kami jemu dan bosan.

“Kalau duduk di rumah boleh juga berjalan pergi kedai dan main di padang,” katanya.

Tinjauan terhadap seorang murid tahun enam yang hanya mahu dikenali sebagai Intan berkata, ada guru yang masuk ke kelas, namun murid disuruh membuat kerja sendiri.

“Cikgu masuk kelas suruh keluarkan buku dan baca sendiri tanpa mengajar apa-apa. Manalah kami nak baca, lagipun Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah habis, buat apa baca buku sekolah rendah lagi.

“Takkanlah kami nak bawa buku teks tingkatan satu pergi sekolah, belum masanya lagi,” katanya.

The post Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri

Sekianlah artikel Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cikgu suruh pelajar buat kerja sendiri dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/cikgu-suruh-pelajar-buat-kerja-sendiri.html

Subscribe to receive free email updates: