Judul : Belum Sempat Honeymoon
link : Belum Sempat Honeymoon
Belum Sempat Honeymoon
Pelakon dan pengacara, Anis Al Idrus bersyukur dikurniakan seorang suaminya, Mohd Rafzan Nurhikmal Abdul Halim yang memahami kerjayanya sebagai seorang artis.
Memetik laporan BH online, Anis berkata sejak bergelar isteri rezekinya datang mencurah hingga menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan perancangan pergi bercuti bulan madu.
“Syukur dikurniakan teman hidup yang sangat memahami. Suami saya tidak pernah menyekat, namun sebagai isteri, saya perlu bijak membahagikan masa antara kerjaya dan rumah tangga.
“Cuma, ketika ini, saya perlu menyusun semula jadual kerana ada kerja yang perlu dilunaskan sebelum mengambil cuti panjang,” katanya..
Anis dan Mohd Rafzan selamat bernikah pada Julai lalu.
Pada masa sama, selebriti berusia 28 tahun ini suaminya antara penyokong kuat yang membuatkan dirinya terus bersemangat memperbaiki mutu lakonan.
Selain itu, dia bakal muncul dengan single keduanya berjudul Tak Guna ciptaan Hafiz Hamidun yang bakal dilancarkan, tidak lama lagi.
The post Belum Sempat Honeymoon appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Belum Sempat Honeymoon
Anda sekarang membaca artikel Belum Sempat Honeymoon dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/belum-sempat-honeymoon.html