AKIFMA julang tugas wartawan

AKIFMA julang tugas wartawan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul AKIFMA julang tugas wartawan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : AKIFMA julang tugas wartawan
link : AKIFMA julang tugas wartawan

Baca juga


AKIFMA julang tugas wartawan

Bagi menghargai peranan wartawan hiburan khususnya dalam industri filem yang banyak membantu memperkasakan perancangan dan agenda pembangunan industri, satu anugerah khas berlangsung gilang-gemilang di sebuah hotel di ibu kota, Jumaat lalu.

Acara yang diperkenalkan sebagai Anugerah Kewartawanan Industri Filem Malaysia 2017(AKIFMA) itu menyaksikan wartawan hiburan media cetak, elektronik serta media baharu turun padang bagi bersama-sama membangunkan industri filem melalui penulisan kreatif dan kreatif.

Lebih menarik, Pengarang Berita Harian Metro Adam Salleh meraih anugerah Kolumnis Hiburan Terbaik menerusi artikel bertajuk Masih Mencungap Mengejar RM75 juta yang disiarkan di Harian Metro.

Kejayaan Adam menyaksikan dia membawa pulang hadiah wang tunai, trofi dan sijil penghargaan.

AKIFMA 2017 anjuran Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dengan kerjasama Persatuan Wartawan dan Penulis Hiburan (WHAM) serta disokong Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) .

Wartawan Berita Harian (BH) Rozdan Mazalan pula mendominasi kategori utama iaitu Anugerah Kewartawanan Cemerlang 2017 bersama wartawan Mingguan Malaysia Abd Aziz Ittar.

Bagi kategori Anugerah Penulis Pojok Terbaik, trofi itu dimenangi wartawan BH Raja Nurfatimah Mawar Mohamed menerusi artikel bertajuk Beginikah Perilaku Penggiat Seni dalam ruangan Desas Desus.

Kemenangan ini sekali gus menyaksikan Media Prima Berhad memperoleh tiga anugerah pada acara yang menawarkan 12 trofi termasuk tiga untuk kategori khas.

Adam ketika selepas acara berakhir berkata, dia sering diberikan tanggungjawab menulis kolum dalam setiap penerbitan yang pernah dia berkhidmat.

“Saya menulis kolum sejak 1987 di sebuah majalah dan kemudian setiap kali beralih ke penerbitan lain saya masih diberikan tanggungjawab sama sehinggalah berkhidmat di Harian Metro.

“Menerusi kolum yang dinamakan Pen Emas, saya banyak mengupas isu yang berlaku dalam industri hiburan, kritikan filem dan dasar kerajaan melalui FINAS,” katanya.

Kata Adam, dia akui bukan mudah menjadi seorang kolumnis kerana perlu kaya dengan perkataan dan banyak membaca.

“Tidak dinafikan kadangkala sukar untuk dapat idea secara spontan. Jadi saya banyak habiskan masa bersama orang industri selepas waktu bekerja.

“Antara individu yang kerap saya berjumpa ialah pengarah filem, bekas wartawan dan penggiat seni kerana di situlah saya mendapat input dan situasi yang berlaku dalam industri tanah air.

“Bagi saya, seorang kolumnis perlu kaya dengan perkataan kerana ruangan ini menggunakan lenggok frasa yang indah dan mudah,” kata Adam seraya memaklumkan kejayaan yang diraih adalah trofi ketiganya.

Sementara itu Raja Nurfatimah Mawar pula mengakui terkejut saat namanya diumumkan sebagai pemenang dan menganggap kejayaan ini sebagai hadiah paling bermakna sepanjang 23 tahun bergelar wartawan.

“Kemenangan ini di luar jangkaan saya. Ini adalah kemenangan pertama sepanjang bergelar wartawan hiburan.

“Saya ingin berterima kasih kepada FINAS kerana jarang ruangan gosip diketengahkan namun hari ini terdapat anugerah yang mengiktiraf penulis pojok. Menulis ruangan gosip bukanlah baru untuk saya kerana sudah menulis sejak 1996 ketika berkhidmat di Harian Metro dan kemudian di BH pada 2007,”katanya.

Katanya, penulis pojok perlu mempunyai semangat yang kuat kerana sering dimaki dan diserang apabila menyentuh isu panas gelanggang seni tanah air.

“Saya sudah biasa diserang dan dimaki apabila memperkatakan isu panas. Biasanya saya akan menutup telefon supaya tiada gangguan mengenai artikel yang ditulis.

“Bagimanapun, tulisan saya itu sebenarnya adalah untuk menyedarkan sesetengah pihak. Sebagai contoh menerusi ruangan pojok yang dimenangi saya menulis untuk menyedarkan dan menjentik gelagat penggiat seni apabila berlaku pergaduhan di rumah Perdana Menteri, baru-baru ini,” katanya.

AKIFMA 2017 dinilai barisan juri profesional yang terdiri daripada bekas pengarang akhbar dan majalah.

Sementara itu, Anugerah Khas Tokoh Wartawan Hiburan diberikan kepada Fauziah Abd Rauf dan Anugerah Wartawan Hiburan Muda dimenangi wartawan The Star Angelin Yeoh menerusi artikel Murder Most Fowl (Interchange).

Anugerah Kewartawanan Kritikan Filem diraih wartawan Mstar Online Shazryn Mohd Faizal bagi artikel bertajuk Estetika Dari U-Wei Dalam ‘Hanyut’.

Anugerah Kewartawan Filem Terbaik (Media Baharu) digondol wartawan Rojak Daily Elrafaei Sapi menerusi artikel bertajuk Filem Tempatan Tidak Jelas, Kita Hanya Boleh Buat Filem Darai.

Bagi Anugerah Khas Juri (1) dan Anugerah Kewartawanan Filem Terbaik (Televisyen) dimenangi Pengarang H- Live Astro, Syazwan Zakariah menerusi tajuk rancangan Jomovie.

Anugerah Kewartawan Filem Terbaik (Media Cetak) disandang wartawan The Star Mumtaj Begum dalam artikel bertajuk A Pioneer Filmmaking.

Dalam pada itu, Anugerah Khas Juri (2) dimenangi Penolong Pengarang Hiburan Kosmo! Tengku Suzana Raja Hamat.

AKIFMA 2017 menampilkan primadona filem Melayu Fauziah Ahmad Daud dan pelawak popular Abam Bocey sebagai pengacara.

Malah artis terkenal seperti Datuk Rosyam Noor, Datuk Seri Eizlan Yusof, Datuk Seri Shah Rezza dan beberapa nama besar dalam bidang kewartawanan antaranya Saodah Ismail, Sarimah Hussain, Intan Zabidin dan Zubairi Zabidin diundang sebagai penyampai anugerah.

Dalam pada itu, Pengerusi FINAS Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib berkata, majlis terbabit mempertemukan semula nama besar dalam dunia kewartawanan hiburan akhbar dan majalah sejak era 1980-an sehinggalah mereka yang masih bertugas di media popular sekarang.

“Majlis anugerah julung kali ini adalah penghargaan kerajaan melalui FINAS di atas idea, usaha dan aspirasi pihak wartawan sebagai jentera pembangunan industri.

“Impak positif kewartawanan yang kritis dan kreatif secara jangka panjang amat penting bagi membantu kerajaan menjana pembinaan masyarakat yang berilmu dan cintakan industri filem,” katanya.

The post AKIFMA julang tugas wartawan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel AKIFMA julang tugas wartawan

Sekianlah artikel AKIFMA julang tugas wartawan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel AKIFMA julang tugas wartawan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/akifma-julang-tugas-wartawan.html

Subscribe to receive free email updates: