2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius

2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul 2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : 2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius
link : 2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius

Baca juga


2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius

JUMLAH tontonan yang tinggi dalam tempoh singkat membuktikan Xpose Band serius dalam menembusi industri muzik selain mahu berdiri sebaris dengan pemuzik sedia ada.

Vokalis kumpulan itu, Furhan, berkata, dia tidak menyangka single pertama yang berjudul Sandiwara mendapat sambutan begitu hebat daripada peminat.

“Memang kami tidak menjangkakan menerima 2.5 juta tontonan di YouTube dalam tempoh tiga bulan dan ia sangat bermakna buat kami.

“Tapi orang kata cepat naik cepat pula jatuh. Jadi, kami berharap sangat dapat kekal lama dalam industri

“Kami juga akan berusaha dan berharap agar suatu hari nanti dapat menjadi legenda seperti kumpulan Search dan Wings,” ujarnya.

Mereka ditemui sewaktu pelancaran single pertama dan muzik video versi karaoke di Red Box Karaoke, The Gardens, Kuala Lumpur.

Menurut Furhan, Xpose Band sebolehnya mahu menghasilkan lagu-lagu yang mengikut selera pendengar sebagai salah satu stratergi terus kekal lama.

“Kalau kita lihat sekarang, orang mahu dengar lagu yang mendayu-dayu, lagu jiwang. Jadi kita beri apa yang orang mahu.

“Macam single pertama kami, susunan muziknya segar dan lirik pula ala-ala 90 an,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Xpose Band yang masih lagi rancak mempromosikan lagu Sandiwara sudahpun merancang untuk penghasilan single kedua.

Ujar Furhan, ahli kumpulannya ada menghantar beberapa lagu ciptaan sendiri kepada label mereka iaitu Suria Records (SRC).

Katanya, mereka kini sedang menunggu keputusan dari pihak atasan dan single kedua dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan.

Xpose Band dianggotai 5 anak muda iaitu Furhan selaku vokalis, Fakhrul (gitar), Eppy (bes), Zaim (keyboard) dan Taqim (pemain dram).

The post 2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel 2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius

Sekianlah artikel 2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel 2.5 Juta Tontonan Bukti Xpose Serius dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/11/25-juta-tontonan-bukti-xpose-serius.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :