Judul : Vince AF, Timang Cahaya Mata Kedua
link : Vince AF, Timang Cahaya Mata Kedua
Vince AF, Timang Cahaya Mata Kedua
Tahniah diucapkan buat bekas juara program realiti Akademi Fantasia musim pertama, Vince Chong dan isteri yang baru sahaja menimang cahaya mata kedua mereka.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Vince menerusi akaun Instagram. Menurut Vince anak keduanya itu dilahirkan sehari selepas hari jadi beliau.
Anak kedua Vince ini telah selamat dilahirkan secara normal di Keningau, Sabah. Vince juga turut menyatakan yang isterinya itu sempat mengambil gambar ‘wefie’ bersama bayi selepas selamat melahirkan.
“Just a day after his daddy’s birthday.. Born in Keningau our Beautiful baby son… Natural birth… Well done to my supermoman … She was still taking wefie after birth… That’s a strong woman right there… I’m so glad it went smoothly… Praise God… #madeinkl #borninkeningau #bestbirthdaygiftever,” tulis luahan rasa syukur Vince.
Pasti kelahiran anak keduanya ini merupakan hadiah hari jadi yang paling berharga buat Vince tahun ini.
Ruang komen perkongsian Vince ini pula dihujani dengan ucapan tahniah daripada pengikut-pengikutnya.
peggymay81: Praise the Lord… another blessings for ur family… May God continue to shower ur family with joy, spiritualy , health & wealth Amin hehe…
florya_pauls: Congratulation @vincetogram @fionaedward…welcome baby! May God bless to all of your family
imyours0206: Congratulations vince and wife..thank god baby and mother sihat
4ever_be_fans: Hashtag win anyway, congratulations vince & wife. God bless your family.
Kami di Kakigosip juga tidak mahu ketinggalan mengucapkan tahniah buat Vince dan isteri atas kelahiran cahaya mata kedua ini.
Semoga bayi dan ibu sentiasa dalam keadaan sihat dan diharap dengan kelahiran cahaya mata baru ini akan menambahkan lagi kebahagiaan rumah tangga mereka.
The post Vince AF, Timang Cahaya Mata Kedua appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Vince AF, Timang Cahaya Mata Kedua
Anda sekarang membaca artikel Vince AF, Timang Cahaya Mata Kedua dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/vince-af-timang-cahaya-mata-kedua.html