Judul : Ummi Nazeera, Suami Bulan Madu Di Eropah
link : Ummi Nazeera, Suami Bulan Madu Di Eropah
Ummi Nazeera, Suami Bulan Madu Di Eropah
Nampaknya sudah dua bulan pelakon Bisik Pada langit, Ummi Nazeera bergelar isteri. Terdahulu, Ummi dan suami sempat berbulan madu di dalam negara iaitu di Sabah.
Terbaru, di Instagram miliknya, Ummi ada memuat naik beberapa foto romantis bersama suaminya yang sedang menikmati bulan madu di Eropah. Wah, seronoknya pengantin baru ni.
Menerusi foto-foto yang dimuat naik, Ummi nampaknya cukup gembira dengan percutiannya itu apatah lagi dengan keindahan tempat mewah tersebut yang menenangkan jiwa.
Beberapa keping foto dikongsikan pasangan ini menerusi laman Instagram miliknya mendapat ribuan likes daripada pengikutnya
Ruangan komen juga dihujani pelbagai reaksi.
Rata-rata peminat melahirkan rasa gembira melihat kebahagiaan yang jelas terpancar menerusi wajah Ummi mahupun Dr. Izzar. Malah ada yang beranggapan pasangan ini sangat serasi bersama.
Dalam masa sama, fenomena Hajar dalam Bisik Pada Langit masih belum lagi padam.Oleh itu ada peminat yang sempat meninggalkan komen mengenai lakonannya dalam file m tersebut.
Pastinya rasa cinta itu akan lebih mendalam selepas percutian ini.
The post Ummi Nazeera, Suami Bulan Madu Di Eropah appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Ummi Nazeera, Suami Bulan Madu Di Eropah
Anda sekarang membaca artikel Ummi Nazeera, Suami Bulan Madu Di Eropah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/ummi-nazeera-suami-bulan-madu-di-eropah.html