Thanuja Sudah Jatuh Cinta

Thanuja Sudah Jatuh Cinta - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Thanuja Sudah Jatuh Cinta, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Thanuja Sudah Jatuh Cinta
link : Thanuja Sudah Jatuh Cinta

Baca juga


Thanuja Sudah Jatuh Cinta

BEKAS Ratu Cantik Malaysia 2009, Thanuja Ananthan tidak akan beralih ke bidang lain kerana mengakui sudah jatuh cinta dengan lakonan.

Malah kata Thanuja, pencalonan awal diterimanya menerusi Festival Filem Malaysia ke-29 (FFM29) menerusi filem Temuan Takdir baru-baru ini menjadikan dia lebih yakin untuk terus berlakon.

“Walaupun hanya pencalonan awal tetapi ia seperti satu pengesahan yang saya diterima sebagai pelakon dan meningkat keyakinan saya untuk terus mengorak langkah sebagai pelakon.

“Sejak pertama kali mencuba berlakon dalam Temuan Takdir saya sudah jatuh cinta dan sejak itu sentiasa mencari peluang untuk berlakon,” katanya.

Dalam pada itu, Thanuja berkata, bergelar pelakon memberi peluang kepadanya untuk menerokai tentang dirinya sendiri dalam menghidupkan watak diberikan.

Thanuja juga berharap dapat diberi peluang mencuba watak berbeza dan bukannya peranan tipikal hanya berdasarkan kepada penampilan dirinya.

“Saya kalau boleh tidak mahu membawakan watak wanita seksi atau gadis liar sebaliknya ingin lari daripada kebiasaan dan mengimpikan peranan mencabar,” ujarnya.

Sementara itu, Thanuja berkata, meskipun kini aktif berlakon namun dia belum berhasrat untuk meninggalkan dunia peragaan yang masih menjadi keutamaannya.

“Sekarang saya separuh bersara daripada bidang peragaan tetapi saya masih aktif sebagai model cuma perhatian saya sekarang kepada lakonan dan pengacaraan,” katanya.

The post Thanuja Sudah Jatuh Cinta appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Thanuja Sudah Jatuh Cinta

Sekianlah artikel Thanuja Sudah Jatuh Cinta kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Thanuja Sudah Jatuh Cinta dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/thanuja-sudah-jatuh-cinta.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :