Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya

Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya
link : Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya

Baca juga


Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya

SESEBUAH projek teater atau persembahan boleh dibatalkan dengan serta merta daripada dipentaskan di Istana Budaya (IB) jika penerbit dikaitkan dengan kesalahan jenayah.

Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamed Juhari Shaarani berkata, dua lagi faktor yang menyebabkan teater atau persembahan terpaksa dibatalkan di IB ialah jika penerbit itu gagal menjelaskan bayaran deposit yang ditetapkan.

“Contohnya, jika penerbit merancang untuk mengadakan pementasan di Panggung Sari IB, dia perlu menjelaskan bayaran deposit sebanyak RM3,000 terlebih dahulu.

“Selain itu, pementasan akan dibatalkan jika tema atau jalan ceritanya didapati menyentuh sensitiviti agama dan masyarakat berbilang kaum di negara ini,” katanya. Juhari berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai kontroversi membabitkan pelakon Datuk Boy Iman dan teater Kontena 404 terbitan DBI Entertainment yang bakal dipentaskan selama tiga hari bermula 20 Oktober ini.

Sementara itu, Juhari berkata, pihaknya tidak boleh membatalkan pementasan Teater Kontena 404 arahan Raja Azrey itu kerana penerbit memenuhi semua syarat dan prosedur yang ditetapkan pihak IB.

“Pihak DBI Entertainment sudah membuat permohonan awal untuk mengadakan pementasan Teater Kontena 404 di IB sebelum pihak polis menjalankan siasatan membabitkan kes Boy Iman baru-baru ini.

“Saya sudah merujuk jabatan undang-undang pementasan Teater Kontena 404 juga boleh dibatalkan jika hasil siasatan pihak polis membuktikan Boy Iman didapati bersalah oleh pihak mahkamah.

“Setakat ini, Boy Iman hanya ditahan untuk membantu siasatan sahaja,” katanya.

Bagaimanapun, Juhari berkata, pihaknya dimaklumkan DBI Entertainment, Boy Iman bukanlah penaja utama teater itu lagi.

“Saya akan bertemu dengan pihak DBI Entertainnent untuk mendapatkan kepastian mengenai perkara ini.

“Jika benar Boy Iman tidak lagi terbabit sebagai penaja utama, pihak IB tidak ada masalah untuk meneruskan teater ini seperti direncanakan.

“Malah, jualan tiket untuk menonton teater ini juga menggalakkan,” katanya.

Dalam laporan sebelum ini,Pengurus Besar DBI Entertainment, Lyana Zulkepli menjelaskan kos pementasan sebanyak RM100,000 itu dibiayai penaja dan penyumbang yang akan diumumkan kelak.

Menurutnya, sumber kewangan bukanlah daripada Boy Iman kerana mereka hanya entiti di bawah kumpulan syarikat pelakon itu.

The post Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya

Sekianlah artikel Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Teater Kontena 404 penuhi syarat Istana Budaya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/teater-kontena-404-penuhi-syarat-istana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :