Judul : Tahniah Hafizul Kini Bergelar Bapa, Timang Cahaya Mata Sulung
link : Tahniah Hafizul Kini Bergelar Bapa, Timang Cahaya Mata Sulung
Tahniah Hafizul Kini Bergelar Bapa, Timang Cahaya Mata Sulung
Pelakon dan pengacara, Hafizul Kamal kini sudah bergelar bapa selepas isterinya selamat bersalin cahaya mata sulung mereka.
Berita gembira ini dikongsikan sendiri oleh Hafizul menerusi akaun Instagram miliknya malam semalam.
Menurut kapsyen yang ditulis oleh Hafizul, dia sangat bersyukur atas kelahiran zuriatnya ini dan isteri juga bayi, kedua-duanya selamat dan berada dalam keadaan sihat.
“Alhamdulillah…keduanya selamat dan sihat.. lama daddy tunggu.. setiap kali scan mesti sorok muka.. shedaaap nye bau … terima kasih kepada semua yg mendoakan yg baik2 untuk kesayangan sy..,” tulis Hafizul di ruang kapsyen perkongsiannya.
Rata-rata pengikut juga peminat Hafizul telah menghujani ruang komen perkongsian berita gembira itu dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik buat bayi yang baru dilahirkan.
zyraa.azyra: Congratss …Alhamdulillah ..Abang pijot…n mieja…. nk tgok muka pijot junior pliss….
khasiatcendawanmekah: Tahniah bro @hafizulkamal .Jd ayah penyayang
omarabdullah8923: Alhamdulillah.. tahniah, semoga membesar menjadi anak yang soleh, penyejuk mata dan hati mak ayah
zurifahhjzakariah: Syukur dh slmt melahirkan baby, isteri hafizul kamal semoga ank yg kurniakan oleh ilahi menjadi ank yg soleh dan solehah iye
bettyzurinajamli: Alhamdulillah… tahniah @hafizulkamal dan wife… selamat berpantang ibu dan anak
Kami di Kakigosip juga tidak mahu ketinggalan untuk mengucapkan tahniah buat Hafizul dan isteri yang sudah bergelar ibu dan bapa.
Semoga bayi kepada pasangan ini membesar dengan sihat dan menjadi penambah rencah kebahagiaan dalam keluarga kecil mereka.
The post Tahniah Hafizul Kini Bergelar Bapa, Timang Cahaya Mata Sulung appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Tahniah Hafizul Kini Bergelar Bapa, Timang Cahaya Mata Sulung
Anda sekarang membaca artikel Tahniah Hafizul Kini Bergelar Bapa, Timang Cahaya Mata Sulung dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/tahniah-hafizul-kini-bergelar-bapa.html