Judul : Senarai Artis Dapat ‘Title’ Baru
link : Senarai Artis Dapat ‘Title’ Baru
Senarai Artis Dapat ‘Title’ Baru
Umum mengetahui ramai golongan artis dan selebriti yang menerima darjah kebesaran sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar baru-baru ini.
Disini, Kakigosip senaraikan lima selebriti yang mendapat ‘title’ baru.
1.Siti Nurhaliza
Penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
2.Adi Putra
Pelakon Singapura, Adi Putra menerima Peringkat Kedua Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.
3.Jovian Mandagie
Pereka fesyen terkenal, Jovian Mandangie dianugerahkan Peringkat Kedua Darjah Sultan Ahmad Shah Pahang (DSAP) yang turut membawa gelaran Datuk.
4.Eizlan Yusof
Pelakon, Eizlan Yusof baru sahaja dikurniakan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
5.Maria Menado
Legenda industri seni negara,Maria Menado dikurniakan Darjah Kebesaran Sultan Ahmad Shah Pahang Yang Amat Di Mulia – Peringkat Pertama Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang membawa gelaran Datuk Seri.
Kami di Kakigosip mengucapkan tahniah dengan pencapaian yang dikecapi oleh kesemua selebriti. Semoga mereka lebih berjaya selepas ini dalam setiap apa yang diceburi.
The post Senarai Artis Dapat ‘Title’ Baru appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Senarai Artis Dapat ‘Title’ Baru
Anda sekarang membaca artikel Senarai Artis Dapat ‘Title’ Baru dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/senarai-artis-dapat-title-baru.html