Semangat Iommi diiktiraf

Semangat Iommi diiktiraf - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Semangat Iommi diiktiraf, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Semangat Iommi diiktiraf
link : Semangat Iommi diiktiraf

Baca juga


Semangat Iommi diiktiraf

Pemain gitar Black Sabbath, Tony Iommi mendapat penghormatan apabila menerima trofi Anugerah Keberanian (Courage Award).

Dia menerima anugerah pada majlis Loudwire Music Awards di Los Angeles, Amerika Syarikat, baru-baru ini.

Penghormatan itu diberi sebagai mengiktiraf semangat kental Iommi bertarung dengan kanser limfoma serta azam tinggi perjuangan karier muzik walaupun terbabit dalam insiden menyebabkannya hujung dua jarinya putus ketika dia berusia 17 tahun.

“Saya benar-benar rasa dihargai berada di sini bersama ramai rakan baik, Zakk (Wylde) dan setiap orang di sini,” kata Iommi selepas menerima trofi itu yang dibentuk menggunakan acuan tangannya.

Iommi yang teruja membuat pengakuan tidak tahu apa hendak diperkatakan kepada penonton yang melaungkan ‘We Love You!’ dan ‘Tony! Tony! Tony!’.

IOMMI (dua dari kiri) bersama anggota Black Sabbath pada era 1970-an (dari kiri) Geezer Butler, Bill Ward dan Ozzy Osbourne.
Dalam sejarah penubuhan kumpulan itu pada 1968, Iommi satu-satunya anggota Black Sabbath masih kekal beraksi pada setiap kemunculan semula mereka.

Bagaimanapun, sejak lima tahun kebelakangan ini, tumpuan lebih terarah kepada tahap kesihatan selepas disahkan menghidap kanser itu (limfoma).

“Pakar bedah memberitahu kanser itu tidak akan pergi dari hidup saya. Terdapat 30 peratus kemungkinan ia akan kembali semula dan boleh datang balik bila-bila masa,” katanya.

Kumpulan itu menangguhkan sementara perancangan rakaman album berjudul 13 pada 2013 sementara menantikan Iommi mendapatkan rawatan membabitkan enam pusingan kemoterapi.

Malah jelajah 28 negara kumpulan dirancang berdasarkan rawatan antibodi Iommi.

Doktor menemui ketumbuhan dalam kerongkong yang kemudian dikeluarkan.

IOMMI tetap positif walaupun menghidap kanser sejak 2013.
“Saya menjalani pembedahan di England mengeluarkan benda terletak di belakang hidung saya. Doktor menemui benjolan tetapi ketika itu tidak tahu ia kanser atau tidak. Bagaimanapun, saya rasa okey buat masa ini,” katanya.

Walaupun melalui pelbagai kesukaran Iommi kekal positif.

“Saya diberikan enam peringkat kemoterapi selepas doktor memberitahu kanser sudah berada di tahap tiga,” katanya.

“Semua itu benar-benar mengubah hidup saya seperti dilalui sekarang. Saya perlu menjalani saki-baki hidup kerana berada dalam arena ini selama 50 tahun.

“Saya perlu lebih banyak berada di rumah, memberi lebih banyak tumpuan kepada rakan dan keluarga,” katanya.

The post Semangat Iommi diiktiraf appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Semangat Iommi diiktiraf

Sekianlah artikel Semangat Iommi diiktiraf kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Semangat Iommi diiktiraf dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/semangat-iommi-diiktiraf.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :