Judul : Seludup Syabu: Benjy Mungkin Dihukum Penjara 14 Tahun
link : Seludup Syabu: Benjy Mungkin Dihukum Penjara 14 Tahun
Seludup Syabu: Benjy Mungkin Dihukum Penjara 14 Tahun
Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy, berhadapan kemungkinan dihukum penjara 14 tahun atas dakwaan menyeludup dadah jenis syabu seberat 4.5 gram ke Indonesia.
Memetik laporan The Jakarta Post, pihak pendakwaan di Mahkamah Daerah Medan pada Rabu memohon hukuman berkenaan dijatuhkan ke atas aktor berusia 38 tahun ini kerana melanggar Undang-Undang Narkotik 209 negara itu.
Selain itu, pihak pendakwaan juga memohon supaya Benjy membayar denda Rp800 juta (RM250,944) atas kesalahan itu.
Pelakon berkenaan ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Namu, Medan, pada 18 April lalu bersama dadah yang dilaporkan disembunyikan pada bahagian duburnya.
Beliau ditahan kerana gerak gerinya kelihatan mencurigakan, malah motif kedatangannya ke Indonesia juga diragui.
The post Seludup Syabu: Benjy Mungkin Dihukum Penjara 14 Tahun appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Seludup Syabu: Benjy Mungkin Dihukum Penjara 14 Tahun
Anda sekarang membaca artikel Seludup Syabu: Benjy Mungkin Dihukum Penjara 14 Tahun dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/seludup-syabu-benjy-mungkin-dihukum.html