Judul : Selepas Belanja RM1 juta, Datuk Vida Lelong Prop ‘I Am Me’
link : Selepas Belanja RM1 juta, Datuk Vida Lelong Prop ‘I Am Me’
Selepas Belanja RM1 juta, Datuk Vida Lelong Prop ‘I Am Me’
Setelah berjaya mencetus fenomena menerusi taruhan debutnya, I Am Me, Datuk Seri Vida akhirnya melancarkan muzik video lagu tersebut yang mana penghasilannya mencecah kos RM1 juta.
Lapor BH online, pengasas produk Qu Puteh itu berkata, menerusi video arahan Ghaz Abu Bakar, yang juga sutradara terkemuka, beliau ingin menampilkan dirinya yang sebenar kepada orang ramai.
“Hampir RM1 juta dibelanjakan untuk menghasilkan video muzik lagu ini, termasuk prop yang akan dilelong kepada umum nanti.
“Alhamdulillah, lagu yang dicipta oleh Edry Abdul Halim ini mendapat sambutan cukup baik apabila video liriknya sudah pun ditonton hampir sembilan juta kali di laman YouTube,” katanya.
Menerusi video rasmi terbabit, Vida ditampilkan bersama identitinya yang cukup menyerlah, dengan kilauan emas permata dan wang ringgit. Ia juga pernah menjadi isu apabila video dirinya ‘mandi duit’ tular, baru-baru ini.
“Saya bukan nak riak, tetapi inilah yang saya mahukan. Ghaz pula berjaya merealisasikan keinginan saya menerusi video terbabit. Ia menjadi paparan terbaik untuk saya tampilkan, bagi mewakili diri dan bisnes saya,” katanya.
Pada majlis pelancaran muzik video tersebut, Vida membuat kejutan dengan penghasilan kek bertatahkan Swarovski bernilai RM26,000 sempena majlis pelancaran terbabit. Kek berkenaan dihiasi mata wang tempatan dan asing, berserta replika tab mandi di atasnya.
Beliau mencuri tumpuan ramai apabila muncul di pusat beli-belah berkenaan dengan memandu kereta Lamborghini Aventador S berwarna merah jambu.
The post Selepas Belanja RM1 juta, Datuk Vida Lelong Prop ‘I Am Me’ appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Selepas Belanja RM1 juta, Datuk Vida Lelong Prop ‘I Am Me’
Anda sekarang membaca artikel Selepas Belanja RM1 juta, Datuk Vida Lelong Prop ‘I Am Me’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/selepas-belanja-rm1-juta-datuk-vida.html