Judul : Rihanna Bakal Jadi Nama Jalan di Bandar Kelahirannya
link : Rihanna Bakal Jadi Nama Jalan di Bandar Kelahirannya
Rihanna Bakal Jadi Nama Jalan di Bandar Kelahirannya
Berdasarkan beberapa kejayaan membanggakan yang pernah diraih dalam dunia seni, Rihanna baru-baru ini telah menerima sebuah penghargaan besar. Namanya bakal menggantikan sebuah nama jalan di Barbados.
Memetik laporan Nation News, jalan tersebut berada di hadapan kediaman keluarga Rihanna yang terletak di St Michael Parish, Barbados.
Sebelum ini, jalan tersebut bernama Westbury New Road namun ia akan berubah menjadi nama “Rihanna Drive”.
Kementerian Pelancongan Barbados juga telah mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut. Satu majlis sempena memahatkan nama Rihanna akan berlangsung pada 30 November 2017, yang juga merupakan hari sambutan Kemerdekaan di Barbados.
“Pada Hari Kemerdekaan, 30 November 2017, Kerajaan Barbados akan secara resmi mengubah nama Westbury New Road yang terletak di St Michael menjadi Rihanna Drive untuk menghormati bintang Barbadian, Robyn Rihanna Fenty yang dibesarkan di Westbury New Road,” ungkap kenyataan tersebut.
The post Rihanna Bakal Jadi Nama Jalan di Bandar Kelahirannya appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Rihanna Bakal Jadi Nama Jalan di Bandar Kelahirannya
Anda sekarang membaca artikel Rihanna Bakal Jadi Nama Jalan di Bandar Kelahirannya dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/rihanna-bakal-jadi-nama-jalan-di-bandar.html