‘Pulangkan balik wang kami’

‘Pulangkan balik wang kami’ - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Pulangkan balik wang kami’, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Pulangkan balik wang kami’
link : ‘Pulangkan balik wang kami’

Baca juga


‘Pulangkan balik wang kami’

PASANGAN pelakon, Aeril Zafrel dan Wawa Zainal membuat laporan polis terhadap seorang ahli perniagaan bergelar Datuk yang didakwa menipu mereka sebanyak RM100,000 sejak Mac tahun lalu.

Aeril berkata, wang itu diserahkan secara tunai kepada lelaki itu pada Mac tahun lalu bagi tujuan menghasilkan produk minyak wangi.

“Saya percayakannya kerana dia pernah menghasilkan minyak wangi untuk beberapa selebriti lain. Dia memberitahu jika ingin menghasilkan minyak wangi, saya perlu membayar wang pendahuluan.

“Selepas menyerahkan wang, dia berjanji produk akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan. Malangnya sehingga sekarang dia terus senyap,” katanya kepada Harian Metro.

Aeril yang juga pelakon drama Patahnya Sebelah Sayap berkata, selepas produk itu gagal dikeluarkan dalam tempoh dijanjikan dia menuntut supaya wang itu dikembalikan.

“Selepas beberapa bulan mendesak, dia bersetuju memulangkan semula wang saya dengan memberikan cek pada awal tahun ini. Malangnya, apabila saya cuba menukarnya di bank saya dapati ia cek tendang.

“Saya difahamkan daripada beberapa bekas pekerjanya, wang saya itu digunakan untuk perkara lain,” katanya.

Menurut Aeril, dia juga sudah berusaha menghubungi dan menghantar mesej kepada Datuk berkenaan tetapi gagal.

“Saya ada menghubungi isteri dan anaknya, tetapi saya difahamkan mereka juga tidak dapat menghubunginya. Dari awal urusan perniagaan ini dilakukan, saya masih menyimpan segala bukti perbualan kami.

“Jadi selepas 19 bulan, saya tidak boleh berdiam diri lagi. Saya membuat laporan ini bagi menuntut hak saya semula. Saya berharap dia atau wakil keluarganya datang berjumpa saya bagi menyelesaikan perkara ini. Saya juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya tidak ada sebarang maklum balas,” katanya yang membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya, hari ini.

The post ‘Pulangkan balik wang kami’ appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Pulangkan balik wang kami’

Sekianlah artikel ‘Pulangkan balik wang kami’ kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Pulangkan balik wang kami’ dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/pulangkan-balik-wang-kami.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :