Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan?

Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan?
link : Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan?

Baca juga


Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan?

Tiga tahun pencarian pesawat MH370 dan berakhir di Lautan Hindi, isu ini kembali hangat di Dewan Rakyat.

Ahli Parlimen Lumut, Laksamana Pertama (B) TLDM Mohamad Imran Abd Hamid berkata, seharusnya pencarian itu diteruskan dan menukar kawasan.

“Dah tak jumpa di Lautan Hindi, mengapa tak cari Di Laut China Selatan? Pada 8 Mac 2014, saya menonton siaran televisyen tempatan yang menunjukkan radar dari Pusat Kawalan Udara sebelum dan selepas pesawat itu hilang.

“Sebelum hilang isyarat warna kuning, selepas gagal dikesan ia bertukar warna merah. Berdasarkan pengalaman saya bersama angkatan tentera sebelum ini, saya yakin pesawat iru terjunam dan jatuh di Laut China Selatan,” katanya ketika memberi soalan tambahan kepada Kementerian Pengangkutan berhubung isu MH370.

Beliau yakin MH370 telah berpusing sebelum terhempas di Laut China Selatan.

“Seharusnya kerajaan mencari di kawasan lain dan tidak tertumpu pada satu-satu tempat sahaja. Juruterbang juga bukan calang-calang orang, beliau antara yang terbaik,” ujarnya.

Mohamad Imran turut menempelak sebahagian ahli Parlimen yang mahukan beliau menunjukkan video pesawat tersebut berpusing.

“Ini teori saya. Kerajaan pun tak tunjuk apa-apa video. Jangan hanya mahu pertikai, kerajaan pun kena tunjuk video juga,” katanya.

Dalam pada itu, Mohammad Imran meminta kerajaan menubuhkan pasukan siasatan baru dianggotai rakyat tempatan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi berkata, pasukan Penyiasat Bebas Antarabangsa yang disertai pelbagai negara dan kepakaran sudah memadai  bagi menyiasat insiden pesawat MH370.

“Pasukan itu melibatkan tujuh negara besar dan kepakaran yang berlandaskan Annex 13 (Covention on International Civil Aviation, Aircraft Accident and Incident Investigation).

“Kita telah menubuhkan pasukan penyiasatan antarabangsa yang dianggotai oleh tujuh negara besar, iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, China, Perancis, Singapura dan Indonesia.

“Kita juga melibatkan syarikat pembuatan pesawat itu, Boeing dan pembuat enjin,  Rolls Royce. Mereka adalah pakar.

“Jika mahu  wujudkan pasukan siasatan oleh rakyat Malaysia, saya  rasa pasukan ini telah diiktiraf oleh pihak ICAO (Malaysian International Civil Aviation Organisation),” katanya.

The post Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan? appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan?

Sekianlah artikel Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kenapa tak cari MH370 di Laut China Selatan? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/kenapa-tak-cari-mh370-di-laut-china.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :