Kawan Shahir di ICU mana?

Kawan Shahir di ICU mana? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Kawan Shahir di ICU mana?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Kawan Shahir di ICU mana?
link : Kawan Shahir di ICU mana?

Baca juga


Kawan Shahir di ICU mana?

Sudah 18 hari tragedi kebakaran pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Datuk Keramat di sini berlalu, seorang ibu menguatkan semangat menahan pilu merahsiakan pemergian 21 pelajar yang terkorban dalam insiden itu ​​​​​daripada pengetahuan anaknya.

Nor Faizah Aripshah, 42, ibu kepada Mohd Shahir Shaharuddin,11, seorang daripada enam pelajar yang cedera dalam tragedi itu, berkata anaknya masih menganggap hanya dua guru tahfiz yang terkorban dan rakan-rakannya yang lain selamat.

“Shahir nak tahu kawan-kawannya yang lain berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) mana…dia nak tengok kawan-kawan. Dia tak tahu sebenarnya mereka dah tiada, dia juga tak tahu kebakaran itu tragedi  besar negara.

“Bila dia (Mohd Shahir) tanya mengenai kejadian, kami tak berani nak beritahu apa-apa…cuma kami bagi tahu, tunggu adik benar-benar pulih dahulu, baru kami cerita,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima sumbangan daripada kerajaan Terengganu di sini, hari ini.

Menteri  Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menyampaikan sumbangan itu kepada Nor Faizah dan suaminya yang berasal dari Marang, Terengganu.

Mohd Shahir, yang kini dalam proses pemulihan, masih dirawat di Unit Kebakaran Hospital Kuala Lumpur selepas dimasukkan ke ICU selama seminggu akibat melecur di bahagian badan.

Nor Faizah berkata Mohd Shahir turut mengalami trauma apabila teringat mengenai kejadian itu.

“Satu hari dia ada tengok berita mengenai kejadian, dia nangis dan trauma. Selepas itu, dia cakap dah tak nak tengok lagi berita mengenai kejadian kebakaran itu.

“Saya jaga dia setiap malam, ada masanya dia mengigau, terkejut dan bercakap mengenai tahfiz sebab dia rasa seolah-olah berada di tahfiz, bukannya hospital,” katanya.

Nor Faizah berkata beliau bersyukur anaknya kini semakin stabil dan beransur pulih selepas hampir dua minggu dimasukkan ke ICU sejak 14 September lalu.

“Alhamdulillah, doktor cakap keadaannya semakin baik, mereka akan merawat bahagian kulit dahulu kemudian baru dibuat susulan bahagian pinggulnya yang retak. Kesihatan dalamannya juga bertambah baik, cuma dia tak boleh berdiri dan terlalu banyak bergerak.

“Nak bagi pulih semangatnya, saya panggil kawan dia datang untuk bagi sokongan, sebab dia minta nak jumpa kawannya…saya ada hubungi kawannya dan mereka datang melawat Mohd Shahir,” katanya.

Dalam kejadian awal pagi 14 September lepas, 21 pelajar dan dua tenaga pengajar maut dalam kebakaran di tingkat tiga bangunan sementara pusat tahfiz berkenaan.

Susulan kejadian tersebut, polis menahan tujuh remaja lelaki berusia 11 hingga 18 tahun bagi membantu siasatan kebakaran itu.

Khamis lalu, dua remaja berusia 16 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas  pertuduhan membunuh 21 pelajar dan dua guru tahfiz berkenaan.

The post Kawan Shahir di ICU mana? appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Kawan Shahir di ICU mana?

Sekianlah artikel Kawan Shahir di ICU mana? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Kawan Shahir di ICU mana? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/kawan-shahir-di-icu-mana.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :