Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip

Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip
link : Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip

Baca juga


Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip

Kurang lebih sebulan lagi aktres jelita Izara Aishah bakal bergelar isteri kepada dengan anak tiri Datuk Siti Nurhaliza, Adib Khalid.

Menerusi laporan Berita Harian, bintang drama Dia ini sekarang sibuk membuat persiapan majlis hari bahagianya. Dia turut dibantu oleh perancang perkahwinan.

Difahamkan pasangan ini akan mengadakan tiga majlis.

“Majlis sebelah saya diuruskan Rizalman manakala sebelah Adib dikendalikan Nas Great Ideas.

“Setakat ini, semua persiapan lancar. Syukur ada yang membantu, kalau buat sendiri, pening jadinya,” katanya.

Mengikut perancangan, majlis nikah dan bersanding akan diadakan pada 17 November depan. Majlis menyambut menantu bagi pihak pengantin lelaki diadakan dua hari kemudian.

Izara mengaku sudah lama bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai isteri.

“Semuanya berbalik kepada rezeki dan jodoh. Alhamdulillah, ia dipermudahkan. Kita buat dan pikul tanggungjawab ini bila mampu,” kata bintang jelita yang mula dikenali menerusi drama Vanilla Coklat itu.

Dalam pada itu, akui Izara, dia tidak gusar dengan andaian kononnya ‘saham’ atau kariernya merudum selepas bernikah.

“Saya realistik dalam apa yang dilakukan. Dalam hidup ini saya percaya kita dicipta berpasangan yakni menerusi perkahwinan. Saya percaya rezeki ada di mana-mana.

“Peminat sudah bijak menilai pelakon kesayangan tidak kira sama ada sudah berstatus bujang atau berkahwin,” katanya.

Izara juga tidak risau dengan tawaran watak yang sesuai dengan statusnya kelak. Katanya, dia tetap mengekalkan prinsip dalam kariernya iaitu bersikap selektif.

The post Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip

Sekianlah artikel Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Izara Aishah Tetap Pegang Prinsip dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/izara-aishah-tetap-pegang-prinsip.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :