Isu MAB: Najib perlu buka mulut

Isu MAB: Najib perlu buka mulut - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Isu MAB: Najib perlu buka mulut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Isu MAB: Najib perlu buka mulut
link : Isu MAB: Najib perlu buka mulut

Baca juga


Isu MAB: Najib perlu buka mulut

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak diminta memberikan penjelasan berhubung krisis kepimpinan dalam Malaysia Airlines Bhd (MAB).

Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata, Najib selaku Pengerusi Khazanah Nasional perlu memberi penjelasan kepada Parlimen kenapa begitu ramai ketua pengarah eksekutif (CEO) MAB bertukar ganti dalam masa singkat.

“Memandangkan kepimpinan MAB kini dalam krisis sedangkan pelan pemulihan diteruskan oleh sebab berbillion ringgit yang dilabur Khazanah ke dalam MAB adalah wang rakyat, maka Najib perlu memberi penjelasan kepada Parlimen.

“Jelaskan apa sebenarnya yang sedang berlaku dalam MAB, mengapa begitu ramai CEO telah bertukar ganti dalam masa cukup singkat dan apa langkah-langkah syarikat penerbangan tersebut untuk memastikan ia akan pulih sepenuhnya menjelang 2019,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, pengumuman CEO MAB, Peter Bellew bakal meninggalkan syarikat penerbangan negara cukup memeranjatkan dan lebih memeranjatkan adalah kenyataan itu dibuat oleh bekas majikan beliau RayanAir Holdings PLC.

“Apa yang lebih memeranjatkan ialah pada 27 September lalu, Peter dilaporkan gembira untuk terus berada di Malaysia dan usaha mengembalikan kegemilangan MAB adalah ‘kejayaan terbesar hidup saya’.

“Berhentinya Peter mewujudkan persepsi bahawa Pelan Pemulihan MAB bernilai RM6 bilion yang diumum Khazanah Nasional pada 2014 mungkin terkesan secara negatif, kerana beliau merupakan CEO ketiga yang meninggalkan MAB dalam masa dua tahun,” katanya.

Fahmi mendakwa, tanda-tanda perbalahan pendapat antara Peter dengan pemegang saham MAB kelihatan jelas berdasarkan respons CEO terhadap pengumuman Najib di White House berkenaan pembelian kapal terbang Boeing berjumlah AS$ 10 bilion dalam tempoh lima tahun.

“Namun usaha Najib untuk membantu ekonomi Amerika mungkin menjadi penyebab Peter memilih untuk meninggalkan MAB.

“Seminggu selepas pengumuman Najib itu, media melaporkan Peter sebagai berkata kapal terbang itu tidak akan dimiliki MAB tetapi akan disewa. Ia merupakan norma mana-mana syarikat penerbangan moden. Ini bercanggah dengan pengumuman Najib,” kataya

Tambahnya, perbezaan ini mengakibatkan pendirian Peter tidak disenangi sesetengah pihak.

“Apakah perbezaan ini juga telah mengakibatkan sekutu rapat Najib, Habibul Rahman Kadir Shah dilantik sebagai pengarah bukan eksekutif MAB, sebagai satu cara memastikan kenyataan-kenyataan Bellew dapat dikawal?” solanya.

The post Isu MAB: Najib perlu buka mulut appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Isu MAB: Najib perlu buka mulut

Sekianlah artikel Isu MAB: Najib perlu buka mulut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Isu MAB: Najib perlu buka mulut dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/isu-mab-najib-perlu-buka-mulut.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :