Ingin segera dapat anak

Ingin segera dapat anak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ingin segera dapat anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ingin segera dapat anak
link : Ingin segera dapat anak

Baca juga


Ingin segera dapat anak

Selepas sebulan bergelar isteri, pelakon Putri Najuwa mengakui masih menyesuaikan diri dengan fasa baru dalam hidupnya itu.

Bagi pemilik nama sebenar Tengku Putri Najuwa Tengku Yusof, 32, dia dan suaminya juga dalam ‘mood’ berbulan madu.

“Sebenarnya, saya masih tidak percaya sudah bergelar isteri orang.

“Saya juga baru berpindah ke rumah baru. Agak janggal sikit sebab selama ni saya hanya menjaga diri sendiri.

“Kini, semuanya saya kena urus termasuk menjaga makan minum hinggalah pakaian suami,” katanya.

Putri Najuwa berkata, dia turut memasak makanan kegemaran suaminya di rumah.

“Antara sajian kegemarannya ialah asam pedas ikan pari.

“Setakat ini, suami tidak merungut dan puas hati dengan ‘air tangan’ saya,” katanya.

Putri Najuwa ditemui pada tayangan filem Dubai My Love di Mutiara Damansara, baru-baru ini.

Berkongsi perancangan selepas ini, kata Putri Najuwa, dia dan suami ingin segera menimang cahaya mata.

“Kalau boleh kami mahu tiga anak. Ia akan mengukuhkan ikatan kasih sayang kami.

“Destinasi bulan madu pula, belum ada perancangan kerana suami sibuk dengan bisnes.

“Insya-Allah, akhir bulan depan baru fikir lokasi bulan madu. Antara destinasi pilihan ialah Istanbul, Turki,” katanya.

Putri Najuwa dan pasangannya Muhammad Zaid Samsuri diijabkabulkan tanggal 23 September lalu.

Suami tidak letak syarat

Selepas berkahwin, Putri Najuwa merancang berehat selama tiga bulan sebelum kembali aktif dalam bidang seni.

Drama terakhir lakonannya ialah Sedingin Cinta Antasya sebanyak 22 episod untuk saluran HyppTV.

Menurut Putri Najuwa, dia bertuah kerana suami merestui minatnya.

“Suami memang tidak pernah halang saya terus berlakon dan tidak letak sebarang syarat.

“Setakat ini, saya belum dapat sebarang tawaran berlakon.

“Saya juga tidak kisah dapat watak apa pun. Jika mampu menjiwainya, saya tidak akan tolak,” katanya.

Berkongsi watak impian, kata Putri Najuwa dia ingin menjayakan karya genre seram dan aksi.

“Saya mengagumi pengarah Osman Ali dan menanti peluang bekerjasama dengannya dalam filem selepas ini,”katanya.

Mengenai filem sulung lakonannya Dubai My Love pula, Putri Najuwa menaruh harapan peminat akan menyokong karya itu.

“Saya gementar kerana ia filem pertama dan semua pelakon pula wajah baru.

“Sebenarnya, ramai yang tidak tahu saya malu dan tak suka menonton lakonan sendiri.

“Namun, selepas tayangan filem Dubai My Love bersama pihak media, ramai beri maklum balas positif dan menyukai watak Maryam lakonan saya.

“Filem ini ada daya tarikan tersendiri terutama lokasi penggambarannya di Dubai yang indah,” katanya.

Filem Dubai My Love yang turut dibintangi Erwin Dawson dan Hanna Aqeela akan mula menemui penonton bermula esok.

The post Ingin segera dapat anak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ingin segera dapat anak

Sekianlah artikel Ingin segera dapat anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ingin segera dapat anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/ingin-segera-dapat-anak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :