Judul : Indah Tak Mahu Komen Isu Didakwa Curang
link : Indah Tak Mahu Komen Isu Didakwa Curang
Indah Tak Mahu Komen Isu Didakwa Curang
Penyanyi Indah Ruhaila, 30, enggan mengulas dakwaan seorang pelayar Facebook, kononnya dia curang dengan bekas tunangnya hingga mereka putus tunang.
Memetik laporan Harian Metro, pelantun lagu Percayalah ini berkata dia tidak mahu memanjangkan perkara tersebut
“Saya minta maaf. Buat masa sekarang saya tak mahu cakap apa-apa mengenai perkara itu. Saya tak mahu isu ini menjadi lebih panjang dan serabut. Allah maha berkuasa dan Dia lebih mengetahui segala-galanya,” katanya.
Walaupun tidak menyebut nama Indah dalam status berkenaan namun individu terbabit memberi bayangan ia ditujukan kepada penyanyi itu
Antaranya ‘minggu lepas dah tersingkir’ yang merujuk kepada program realiti AF Megastar yang disertai Indah selain ‘hashtag’ #penyanyipasirgudangperasan yang menyakinkan netizen bahawa ia adalah Indah.
Dalam status Facebook yang sama, individu terbabit turut meminta Indah dan keluarganya membayar semula wang yang dipinjam daripada bekas tunangnya, duit sewa dewan dan sebagainya.
Sebelum ini laporan media menyebut, Indah mengesahkan dia sudah putus tunang sejak awal tahun ini.
Bagaimanapun, Indah enggan mengulas mengenai punca perpisahan dengan bekas tunangnya yang dikenali sebagai Mr R itu bagi menjaga hati kedua belah pihak.
Dalam masa sama, Indah juga menafikan gosip dia menjalin hubungan dengan jurulatih gimnasium sebagai punca putus tunang.
Indah mengikat tali pertunangan seminggu sebelum memasuki program Akademi Fantasia pada 2013 dan sepatutnya melangsungkan pernikahan pada Mac lalu.
The post Indah Tak Mahu Komen Isu Didakwa Curang appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Indah Tak Mahu Komen Isu Didakwa Curang
Anda sekarang membaca artikel Indah Tak Mahu Komen Isu Didakwa Curang dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/indah-tak-mahu-komen-isu-didakwa-curang.html