Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan

Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan
link : Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan

Baca juga


Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan

PENYANYI dangdut Ifa Raziah enggan mempertahankan jawatannya sebagai presiden Persatuan Bintang Dangdut Malaysia atau Bintang pada penggal akan datang.

Ifa, 43, berkata, dia mahu memberi peluang kepada artis dangdut lain untuk memikul tanggungjawab tersebut.

“Saya sudah memikul tanggungjawab sebagai presiden untuk penggal ini dan pada pemilihan tahun depan saya mahu orang lain pula yang dapat.

“Kalau boleh biarlah semua dapat rasa dan terajui persatuan ini sehingga ke tahap yang tinggi,” ujarnya.

Ifa ditemui pada sidang media Konsert Dangdut Megastar 2017 yang diadakan di Biro Pelancongan Kuala Kumpur, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini, Selasa.

Dalam pada itu, Ifa berkata, konsert yang bakal berlangsung pada 14 Oktober ini di Panggung Anniversari ini adalah pencapaian tertinggi untuk artis-artis dangdut negara ini.

Katanya, konsert berkenaan adalah usaha dan kerja kerasnya bersama ahli persatuan yang dilakukan selepas lebih setahun menerajui persatuan itu.

“Alhamdulillah, selepas beberapa kali surat dan kerja keras kami memperjuangkan nasib artis dangdut akhirnya dipandang juga.

“Ini merupakan konsert terbesar untuk genre dangdut kerana sebelum ini belum ada lagi konsert untuk penyanyi-penyanyi dangdut menunjukkan kebolehan mereka,” ujarnya.

Tambah Ifa, konsert tersebut juga bakal mengangkat martabat penyanyi dangdut sama dengan penyanyi-penyanyi lain di negara ini.

Selain Ifa, konsert yang diadakan secara percuma itu bakal menampilkan penyanyi popular seperti Amelina, Salwa Abdul Rahman, Roger Kajol, Fitri Hiswady dan Elda Susanti.

The post Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan

Sekianlah artikel Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ifa Raziah Mahu Lepas Jawatan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/ifa-raziah-mahu-lepas-jawatan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :