Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing

Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing
link : Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing

Baca juga


Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing

PELAKON Eizlan Yusof memilih untuk tidak ambil pusing sebarang komen negatif terhadapnya mengenai pengurniaan Darjah Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) yang diterimanya pada pagi Selasa.

Menurut Eizlan, 46, dia tidak mahu terlalu memikirkan kritikan atau sindiran masyarakat kerana tidak mahu menjadi lemah kerana hal sedemikian.

“Apa yang kita lakukan, pasti akan ada yang tidak berpuas hati dan tidak suka.

“Saya tak nak jatuh sebab kritikan dan kutukan orang. Kalau orang dah tak suka, nak buat macam mana kan?,” katanya.

Selain Eizlan, Siti Nurhaliza, dan pelakon veteran Maria Menado turut menerima kurniaan sama yang membawa gelaran Datuk Seri.

Pelakon Adi Putra dan pereka fesyen Jovian Mandagie pula dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk.

Kurniaan itu disempurnakan oleh Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah sempena memuliakan Ulang Tahun Hari Keputeraan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah di Balairong Seri Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang.

Sementara itu, Eizlan berkata, dia memaafkan individu yang sering mengkritik pencapaiannya.
Malah, pelakon ini turut berharap tiada lagi mana-mana individu yang mempertikaian mengenai penganugerahan tersebut.

“Saya maafkan mereka yang sering mengkritik dan berfikiran negatif tentang diri saya.
“Cuma, saya harap selepas ini tiada lagi yang mempertikaikan institusi diraja. Ia adalah lambang kedaulatan negara dan perpaduan masyarakat Malaysia.

“Gelaran ini adalah tanggungjawab kepada kami dan merupakan satu amanah yang diberi oleh institusi tersebut,” ujarnya.

Eizlan sebelum ini menerima DIMP iaitu pada tahun 2011.

Pada Festival Filem Malaysia ke 29 (FFM29) lalu, Eizlan berasa kecil hati selepas hos rancangan berkenaan Zizan Razak bergurau dengan memperkatakan gelaran Datuk diterima Eizlan dan Hans Isaac mungkin dibeli.

Zizan kemudiannya memohon maaf atas kesilapan itu.

The post Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing

Sekianlah artikel Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Dikutuk Dapat Datuk Seri, Eizlan Tak Ambil Pusing dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/dikutuk-dapat-datuk-seri-eizlan-tak.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :