‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu

‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul ‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : ‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu
link : ‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu

Baca juga


‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu

Program dokumentari Detik 12 Malam terbitan TV3 kembali menemui penonton sebagai kesinambungan dua musim terdahulu yang merungkai kisah pekerjaan dan aktiviti yang dilakukan pada pukul 12 tengah malam.

Pengacaranya, Saiful Azmi Jamsari berkata, objektif program ini bukanlah untuk memburu hantu semata-mata sebaliknya mahu memberi pendedahan mengenai cabaran pekerjaan pada waktu malam dari sudut mistik dan misteri.

“Menerusi setiap episod, kita akan memaparkan pendedahan dan pengalamn orang yang bekerja dan melakukan aktiviti pada pukul 12 malam.

“Selain itu, saya juga melakukan siasatan dalam setiap episod bagi merasai sendiri apa yang berlaku. Jadi, penonton boleh menilai apa yang mereka saksikan,” ujarnya.

Bersiaran selama 30 minit, program  itu mula menemui penonton 10 Oktober lalu pada setiap Selasa, pukul 11 malam.

Menurut Azmi, musim ketiga Detik 12 Malam mempunyai lapan episod dan setiap satunya mempunyai keistimewaan tersendiri.

Antara episod bagi musim ini ialah Kuda Kepang, Pencari Madu Tualang, Pemikat Burung Wak-Wak, Penjaga Stadium dan Kaki Pancing.

Tambahnya lagi, dia dan krew penerbitan turut berhadapan detik seram sepanjang menjalankan penggambaran kerana sering terkena gangguan mistik.

“Sewaktu penggambaran episod Pencari Madu Tualang di Jerantut, Pahang, saya mendengar suara lolongan memanggil nama saya.

“Sebenarnya banyak lagi peristiwa mistik yang berlaku. Untuk mengetahui selanjutnya, memang kena saksikan semua episod musim terbaharu ini,” katanya.

The post ‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel ‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu

Sekianlah artikel ‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel ‘Detik 12 Malam’ Bukan Hanya Buru Hantu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/detik-12-malam-bukan-hanya-buru-hantu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :