Cat Farish Trauma Nak Kahwin

Cat Farish Trauma Nak Kahwin - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Cat Farish Trauma Nak Kahwin, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Cat Farish Trauma Nak Kahwin
link : Cat Farish Trauma Nak Kahwin

Baca juga


Cat Farish Trauma Nak Kahwin

SELEPAS kegagalan dalam perkahwinannya setahun lalu, penyanyi Cat Farish mengakui masih berasa trauma untuk mendirikan rumah tangga semula.

Cat atau nama sebenarnya, Farish Zaquan, 43, berkata, dia mempunyai perspektif negatif dan takut hubungan yang dibina itu akan berakhir dengan perpisahan sekali lagi.

“Saya memang ada perasaan nak berkahwin semula tapi saya takut. Dalam kepala saya mula fikir perkahwinan tersebut sampai berapa lama sahaja akan bertahan.

“Sebab itu juga saya kini jarang menghadiri majlis perkahwinan kerana fikiran saya sentiasa negatif bila fikir tentang kahwin,” ujarnya..

Cat mengulas tentang perkembangan kehidupan peribadinya selepas bercerai dengan Hartiny Ramli pada April tahun lalu.

Berkongsi hidup dengan Hartiny, bekas ahli kumpulan Ruffedge itu dikurniakan tiga orang anak iaitu Nia Karlyssa, 11, Eva Latheefa, 8, dan Qul Iskandar, 7.

Cat yang ditanya tentang perkembangan bekas isterinya, memberitahu wanita berkenaan sudah mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Katanya, dia mendoakan kebahagian dalam kehidupan baharu yang dibina bekas isterinya itu.
Sementara itu, Cat berkata, dia tidak menutup pintu hatinya untuk menerima kehadiran wanita terutama yang faham dengan kerjayanya sebagai anak seni.

“Saya tidak tutup hati saya daripada wanita, cuma kali ini kalau boleh yang sesuai dan boleh membantu saya dalam kerjaya. Saya suka lihat hubungan Achey dengan isterinya yang jadi pengurus dan tulang belakang kepada kerjaya dia.

“Kalau boleh saya juga mahu cari yang seperti itu dan menerima saya serta anak-anak,” ujarnya.

The post Cat Farish Trauma Nak Kahwin appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Cat Farish Trauma Nak Kahwin

Sekianlah artikel Cat Farish Trauma Nak Kahwin kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Cat Farish Trauma Nak Kahwin dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/cat-farish-trauma-nak-kahwin.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :