Judul : Beyonce, Jay-Z ‘Penat’ Uruskan Rumi & Sir
link : Beyonce, Jay-Z ‘Penat’ Uruskan Rumi & Sir
Beyonce, Jay-Z ‘Penat’ Uruskan Rumi & Sir
Sama seperti kebanyakan ibu bapa lain, pasangan Beyonce Knowles dan Jay-Z juga berdepan cabaran membesarkan anak kembar mereka, Rumi dan Sir.
Lapor Hollywoodlife.com, satu sumber yang rapat dengan Beyonce mendedahkan sejak kehadiran anak kembar mereka, pasangan suami isteri itu “hampir tidak tidur.”
“Selepas membesarkan Blue Ivy selama lima tahun, Beyonce menyangka dia sudah tahu tentang semua perkara bagaimana untuk mengurus dan mengasuh anak, namun dia sangat terkejut.
“Sejak kehadiran bayi kembarnya, Beyonce tahu dia ia adalah tanggungjawab yang tidak mudah, dengan kehadiran dua bayi itu bermakna dua kali kerja, tetapi dia benar-benar tidak pernah membayangkan ia akan menjadi begitu sukar.”
“Walaupun mereka baru berumur empat bulan, mereka sudah mempunyai keperibadian yang sangat berbeza. Sir sangat manis, bahagia, dan tenang, sementara Rumi agresif dan agak lasak
“Beyonce dan Jay hampir tidak tidur sejak kelahiran bayi kembar, tetapi mereka akhirnya semakin biasa menjalani rutin tersebut dan merasakan ia semakin mudah,” jelas sumber tersebut.
Walaupun sibuk dengan anak kembar serta seorang anak perempuan mereka yang berusia lima tahun namun Beyonce dan Jay masih sempat mengurus meluangkan masa satu sama lain, ikatan perkahwinan mereka lebih kuat daripada sebelum ini
Beyonce dan Jay-Z mendirikan rumah tangga pada tahun 2008. Pasangan ini menyambut kelahiran anak kembar mereka pada 13 Jun lalu di Pusat Perubatan Ronald Reagan UCLA, California.
The post Beyonce, Jay-Z ‘Penat’ Uruskan Rumi & Sir appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Beyonce, Jay-Z ‘Penat’ Uruskan Rumi & Sir
Anda sekarang membaca artikel Beyonce, Jay-Z ‘Penat’ Uruskan Rumi & Sir dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/beyonce-jay-z-penat-uruskan-rumi-sir.html