Beri ruang pada kerjaya dulu

Beri ruang pada kerjaya dulu - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Beri ruang pada kerjaya dulu, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Beri ruang pada kerjaya dulu
link : Beri ruang pada kerjaya dulu

Baca juga


Beri ruang pada kerjaya dulu

Penyanyi kelahiran Brunei Darussalam, Aziz Harun, mengimpikan kariernya sebagai penyanyi pada liga tersendiri. Waktu sama, dia tidak mahu tercicir dalam pelajaran.

Oleh itu, anak muda berusia 19 tahun ini memperlahankan sedikit langkahnya dalam bidang muzik. Dia terlebih dahulu menamatkan A-Level barulah kembali memacu kerjaya seni.

Aziz akui ada antara rakan sekelasnya sudah memulakan pengajian di universiti tetapi dia tetap dengan keputusan memberi ruang kepada kerjaya sebelum bergelar mahasiswa.

Dia juga bercadang melanjutkan pelajaran dalam bidang Pengurusan Ekonomi di University of Essex di United Kingdom. Bagaimanapun, Aziz terfikir untuk mencari pusat pengajian tinggi di Kuala Lumpur dalam bidang sama.

“Memikirkan kerjaya yang baru mula bercambah di sini, saya ada juga mencari pusat pengajian tinggi yang menawarkan bidang sama dan mempunyai program berkembar dengan universiti di United Kingdom.

“Saya belum membuat keputusan sama ada ingin meneruskan pengajian di Malaysia atau United Kingdom. Kedua-duanya mempunyai kelebihan untuk saya.

“Kalau belajar di sini, saya boleh tumpukan pada karier juga. Tetapi di United Kingdom, saya boleh belajar lebih banyak mengenai genre muzik dan pembikinan lagu,” katanya.

Kata Aziz, dia masih dalam rangka promosi lagu Jangan hasil karya Romeo dan The Faithmen. Ia agak berbeza daripada lagu sebelum ini dari segi susunan muzik kerana menggambarkan jiwa sebenar yang lebih cenderung pada genre R&B.

Muncul dengan dua single sebelum ini, Senyum dan Beautiful serta duet dengan Elizabeth Tan menerusi lagu Mama, populariti Aziz bagaimanapun jauh ketinggalan berbanding penyanyi muda lain terutama Aiman Tino dan Haqiem Rusli.

Namun ia bukanlah satu perkara yang perlu dibimbangkan. Situasi itu melonjakkan lagi semangat Aziz untuk menghasilkan lagu yang menarik dan memenuhi selera pendengar masa kini.

“Saya tidak pernah rasa ketinggalan walaupun lebih dulu memulakan kerjaya nyanyian dan muncul dengan lagu sendiri. Ia membuatkan saya ingin bekerja lebih keras agar kerjaya berjalan lebih lancar.

“Saya sudah tamat A-Level dan sekarang aktif membina kerjaya di sini termasuk menyertai jelajah dari satu tempat ke tempat lain bagi mempromosikan lagu Jangan serta bertemu dengan peminat.

“Dalam tempoh setahun ini, saya akan gunakan sebaik mungkin untuk terus menghasilkan lebih banyak lagu dan bertemu dengan peminat. Saya ingin mengukuhkan kerjaya terlebih dulu,” katanya.

Tidak hanya mahu menyanyi, Aziz juga berhasrat mengasah bakatnya dalam bidang penulisan lagu. Andai ada masa terluang, dia menghabiskan masa di studio bersama Ezra Kong, Mike Chan dan beberapa komposer lain.

Katanya, galakan mereka membuatkan dia ingin mencuba bukan hanya menyanyi tetapi juga menulis serta belajar teknik menggubah lagu.

The post Beri ruang pada kerjaya dulu appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Beri ruang pada kerjaya dulu

Sekianlah artikel Beri ruang pada kerjaya dulu kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Beri ruang pada kerjaya dulu dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/10/beri-ruang-pada-kerjaya-dulu.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :