Vida belanja sakan mahu kelainan

Vida belanja sakan mahu kelainan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Vida belanja sakan mahu kelainan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Vida belanja sakan mahu kelainan
link : Vida belanja sakan mahu kelainan

Baca juga


Vida belanja sakan mahu kelainan

PEMBIKINAN muzik video lagu I Am Me nyanyian Datuk Seri Vida mencecah RM1 juta membabitkan kos pembikinan, kostum dan barang kemas.

Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, kos pembikinan mencecah RM180,000, pakaian dan prop RM80,000, prop tambahan RM30,000, cincin berlian RM300,000 dan beberapa barangan kemas lain bernilai ratusan ribu.

“Kos keseluruhan hampir sejuta. Saya membeli khas barang kemas untuk dipakai ketika penggambaran. Bukan apa, ini konsep yang ingin ditonjolkan sesuai dengan lirik lagu.

“Muzik video ini sangat mewah dan luar biasa. Ini muzik video pertama seumpamanya di negara kita yang digarap sebegitu. Diakui proses pembikinan sangat susah ditambah dengan jadual kerja saya yang padat,” katanya kepada Harian Metro.

Menurut Vida, prop dan kostum yang digunakan dibeli khas di Thailand, Jepun dan Indonesia.

Sementara itu, duit yang ditabur atas tab mandi adalah duit sebenar dari pelbagai negara.

Vida turut menepis tanggapan segelintir pihak mengatakan dia riak dan sengaja menunjuk-nunjuk kemewahan menerusi muzik video itu.

“Saya bukan riak tetapi mahu ekspresikan lirik ‘living lavida’ yang berkaitan dengan duit. Ini kerana bila bercakap fasal duit, ia memang menarik minat orang.

“Semua elemen kemewahan yang didambakan ramai orang ada dalam muzik video ini. Apa saya boleh katakan, ia memang menarik dan tidak sabar menunggu hasilnya,” katanya.

Dalam masa sama, Vida juga menafikan terdapat satu babak dalam muzik video itu meniru muzik video Look What You Made Me Do nyanyian Taylor Swift.

“Memang tidak sangka idea baring dalam tab mandi sama dengan muzik video Taylor Swift. Bezanya dia menggunakan berlian manakala saya pula duit.

“Namun saya tetap meneruskan idea ini kerana mahukan kelainan iaitu menembusi pasaran antarabangsa. Lagi pun idea untuk menghasilkan muzik video ini dibuat sejak dua bulan lalu.

“Sedangkan muzik video Taylor Swift baru dilancarkan tiga minggu lalu. Jadi tidak timbul isu saya meniru. Nanti saya akan Tweet dia apabila muzik video ini siap,” katanya.

Muzik video arahan Ghaz Abu Bakar itu bakal dilancarkan hujung bulan ini.

The post Vida belanja sakan mahu kelainan appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Vida belanja sakan mahu kelainan

Sekianlah artikel Vida belanja sakan mahu kelainan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Vida belanja sakan mahu kelainan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/vida-belanja-sakan-mahu-kelainan.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :