Tak kisah berat badan naik SAM Smith

Tak kisah berat badan naik SAM Smith - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Tak kisah berat badan naik SAM Smith, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Tak kisah berat badan naik SAM Smith
link : Tak kisah berat badan naik SAM Smith

Baca juga


Tak kisah berat badan naik SAM Smith

Penyanyi yang kini popular dengan lagu Too Good At Goodbyes, Sam Smith, 25, rupa-rupanya menyukai kekasih yang pandai memasak.

Malah Smith yang bersusah payah menguruskan badan sebelum ini mendedahkan, dia tidak kisah sekiranya beratnya bertambah lagi disebabkan masakan kekasih.

Kini masih single, Smith dalam satu temu bual baru-baru ini memberitahu menyukai kekasih yang pandai memasak tetapi buat masa ini dia gembira hidup solo.

Pernah putus cinta sebelum ini, Smith akui memang suka kalau ada orang yang boleh memasak untuknya.

“Ia pasti menakjubkan dan saya akan menjadi gemuk dan gembira seumur hidup,” katanya.

Dua tahun lalu, Smith yang menang Lagu Asal Terbaik pada Anugerah Academy Februari lalu, mula menurunkan berat badannya dengan bantuan pakar terapi nutrisi Amelia Freer.

Dilahirkan di London pada 19 Mei 1992, Smith atau Samuel Frederick Smith mula melonjak naik pada 2012 menerusi single Latch.

Menerusi album In the Lonely Hour yang dilancarkan pada Mei 2014, lima singlenya mencatat kejayaan iaitu Lay Me Down, Money On My Mind, Stay with Me, I’m Not the Only One dan Like I Can.

Selepas dua tahun tidak mengeluarkan lagu baru, Smith kembali mempertaruhkan single Too Good At Goodbyes pada 8 September lalu.

Ia kini mendapat sambutan hingga berjaya menewaskan lagu Taylor Swift, Look What You Made Me Do selepas jualan menerusi platform digital memperoleh lebih 90,000 unit.

Video muzik rasmi Too Good At Goodbyes meraih hampir tujuh juta tontonan dalam tempoh empat hari dimuat naik di YouTube.

Smith mengatakan, dia memerlukan masa berehat daripada populariti hebat yang diraihnya sebelum ini dengan menghabiskan masa bersama keluarga.

Katanya, banyak perkara menyeronokkan dapat dilakukannya sepanjang satu tahun setengah ini.

“Saya duduk di sofa sambil menonton televisyen dan dapat berseronok bersama keluarga serta keluar dengan rakan. Oleh itu, saya berterima kasih kepada peminat kerana memberi ruang itu,” katanya.

Smith akui ketika itu dia mula bimbang dengan populariti dicapainya dan memerlukan masa menerima hakikat berkenaan.

Malah, katanya, kadang-kadang dia juga terfikir apakah karier dipilihnya itu sesuai kerana menjadi penyanyi terkenal perlu berdepan pelbagai perkara.

“Waktu itu saya belum bersedia berdepan semua ini dan memerlukan masa untuk membiasakan diri,” katanya.

Penyanyi itu turut memberitahu majalah Attitude, dia mengalami tekanan emosi ketika merakamkan album In The Lonely Hour sehingga membuatkan dia hampir mahu meninggalkan industri seni.

“Saya ditinggalkan kekasih dan menghasilkan lagu menceritakan situasi itu seperti terapi. Namun selepas putus dengan pasangan, saya sukar menghasilkan karya selama dua bulan,” katanya.

The post Tak kisah berat badan naik SAM Smith appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Tak kisah berat badan naik SAM Smith

Sekianlah artikel Tak kisah berat badan naik SAM Smith kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Tak kisah berat badan naik SAM Smith dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/tak-kisah-berat-badan-naik-sam-smith_23.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :