Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah

Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah
link : Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah

Baca juga


Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah

PELAKON Tiz Zakiah sentiasa ingin dilihat mampu memegang watak yang berbeza pada setiap drama atau filem lakonannya.

Biarpun Tiz atau nama sebenarnya Siti Zaqyah Abdul Razak, 28, sudah sinonim dengan watak berat, namun kali ini dia tampil menerusi komedi ringan menerusi Kolestrol vs Cinta.

“Seseorang pelakon itu perlu untuk mencuba watak yang tidak terlalu berat seperti watak komedi. Artis luar negara juga buat perkara yang sama.

“Sebab itu salah satu cara untuk menarik penonton untuk melihat lakonan kita yang berbeza-beza,” kata Tiz

Sementara itu, biarpun sudah lebih 10 tahun dalam industri lakonan, Tiz masih mempunyai perasaan takut untuk melebarkan bakatnya ke pentas teater.

Menurut pelakon drama Nur Kasih ini, perkara tersebut disebabkan dia mengalami masalah ketakutan berlakon secara langsung di pentas.

Malah, Tiz juga akui terpaksa menolak beberapa tawaran berlakon teater kerana tidak yakin dengan dirinya.

“Sejak mula menceburi bidang lakonan sehingga sekarang saya memang ada perasaan nak mencuba untuk berlakon di pentas teater.

“Tapi saya ada masalah takut atau stage fright bila berada di atas pentas. Bila nampak cahaya, terus saya jadi panik, gagap dan hilang suara.

“Saya pernah dengar rakan artis kena rasuk bila berlakon teater. Semua itu merupakan antara sebab yang membuatkan saya takut untuk berlakon teater,” ujarnya.

Menurut Tiz Datin Seri Tiara Jacquelina dan Erma Fatima antara pengarah yang pernah menawarkan dia berlakon dalam teater mereka.

“Sebelum ini saya pernah pergi ke uji bakat untuk teater Saloma, namun selepas itu saya terus tarik diri.

“Saya juga pernah ditawarkan untuk berlakon dalam Natrah dan Tun Siti Hasmah, namun saya terus tolak dan cakap tak nak.

“Memang rasa rugi dan menyesal, tapi lebih baik saya bersedia sebelum buat sesuatu,” kata pemenang Pelakon Terbaik Anugerah Skrin 2016.

Terbahru, Tiz bergandingan dalam filem Kolestrol Vs Cinta lakonannya bersama Kamal Adli yang ditayangkan sejak 14 September lalu.

The post Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah

Sekianlah artikel Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Perlu Cuba Watak Komedi – Tiz Zakiah dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/perlu-cuba-watak-komedi-tiz-zakiah.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :