Marsha kekok berlakon?

Marsha kekok berlakon? - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Marsha kekok berlakon?, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Marsha kekok berlakon?
link : Marsha kekok berlakon?

Baca juga


Marsha kekok berlakon?

PENYANYI dan pelakon, Marsha Milan mengakui kekok sewaktu menjayakan filem televisyen (FTV), #TerobekRaya, baru-baru ini.

Tambahan pula, FTV ini dihasilkan tanpa skrip selain Marsha yang sudah hampir setahun berehat dari dunia lakonan.

“Saya dipelawa Ozlynn untuk turut serta dalam penggambaran FTV ini.

“Katanya hanya cerita biasa-biasa tapi saya nervous juga sebab dah lama tak berlakon.

“Ketika di set, saya terkejut bila dapat skrip yang tak macam skrip,” katanya pada Media Hiburan.

Melihat situasi itu, selebriti berusia 31 tahun ini merasakan dirinya ‘teraniaya’ namun tetap meneruskan komitmennya sebagai pelakon.

“Awalnya, saya ingat mereka nak aniaya saya tapi bila dijelaskan baru saya faham keadaan sebenarnya.

“Baru saya faham, FTV ini tak ada skrip kerana kami perlu berlakon secara spontan. Maksudnya skripnya dilakukan secara spontan.

“Saya akui takut dan kekok untuk berlakon tapi selepas dapat momentum, ia berjalan dengan lancar,” katanya.

Bahkan, pelakon filem Jwanita ini menimba satu pengalaman baru dalam bidang lakonan.

“Ini adalah pengalaman pertama saya berlakon tanpa skrip. Ia satu pengalaman baru yang cukup berharga.

“Lagi-lagi, bila kita sudah biasa berlakon mengikut skrip, itu yang rasa lain sangat.

“Tapi, bekerja pula dengan pelakon dan pelawak hebat sedikit sebanyak membantu saya,” katanya.

Selain Marsha, #TerobekRaya turut dilakonkan oleh Johan, Ozlynn, Ani Maiyuni, Tauke Jambu, Zizan Nin, Beto Kushairi, Riz Amin dan Sherry Al Hadad.

FTV ini diterbitkan oleh JWH Productions Sdn Bhd milik Johan dan isterinya, Ozlynn dan sedang bersiaran di Astro First Eksklusif bermula 24 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Marsha bakal muncul sebagai pengacara bersama bagi sebuah rancangan travelog di RTM.

Selain itu,  Marsha turut terbabit sama untuk program AF Megastar yang bermula 3 September lalu.

The post Marsha kekok berlakon? appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Marsha kekok berlakon?

Sekianlah artikel Marsha kekok berlakon? kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Marsha kekok berlakon? dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/marsha-kekok-berlakon.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :