Judul : Lagi Seronok Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa
link : Lagi Seronok Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa
Lagi Seronok Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa
Jarang-jarang muncul di acara hiburan sejak akhir-akhir ini, rupa-rupanya Maya Karin sekarang lebih seronok menjalani kehidupan biasa dan melakukan pelbagai aktiviti lasak.
Memetik laporan mStar online, aktres jelita ini mengakui dia sudah berasa bosan dengan kehidupan dunia glamor sebagai selebriti.
“Pada sesetengah orang bangun pagi dan bersiap untuk kelihatan cantik adalah perkara menyeronokkan tetapi pada saya ia macam terpaksa.
“Saya sebenarnya bosan dengan glamor kerana saya lebih gemar lepak di kedai mamak, berkebun atau melakukan aktiviti lasak tanpa perlu saya kelihatan cantik pun!
“Pendek kata saya lebih gemar menjalani kehidupan biasa seperti orang lain walaupun saya adalah selebriti,” katanya.
Tambah Maya, akibat daripada sikapnya itu, pihak penganjur juga sudah tidak lagi menjemputnya hadir ke acara dianjurkan mereka.
Mengenai perkembangan seni, Maya bakal menjayakan teater Tun Fatimah Serikandi Empayar Melaka yang akan dipentaskan di Panggung Bangsawan Melaka pada 20 dan 21 Oktober depan pada pukul 8 malam.
Selain dia baharu sahaja selesai menjalani penggambaran dua buah filem iaitu Munafik 2 dan Olympic Dream.
Maya juga sedang dalam proses rakaman lagu duet bersama penyanyi dan komposer Awi Rafael yang akan dilancarkan tidak lama lagi.
The post Lagi Seronok Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Lagi Seronok Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa
Anda sekarang membaca artikel Lagi Seronok Jalani Kehidupan Macam Orang Biasa dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/lagi-seronok-jalani-kehidupan-macam.html