Judul : Jihan Muse Tayang Baby Bump
link : Jihan Muse Tayang Baby Bump
Jihan Muse Tayang Baby Bump
Pelakon dan pelawak, Jihan Muse dihujani ucapan tahniah selepas memuat naik gambar di instagram menampakkan perut atau ‘baby bump’ yang kini sudah mencecah lima bulan kepada umum.
Memang sudah jelas kelihatan baby bumpnya dan jelas seri ibu mengandung selepas disahkan hamil ketika penggambaraan drama Biniku Ninja di Perancis tempoh hari.
Menerusi entri terbaru di akaun Instagramnya, pertama kali Jihan berkongsi foto yang menunjukkan baby bump yang semakin membesar yang mencuri tumpuan pengikutnya.
“Da habis kerja. Nak cari cempedak goreng. Harini mak pakai baju dari @9months_maternity. “ tulisnya di kapsyen.
Perkongsian pelawak itu telah menerima lebih daripada 36,000 likes setakat ini.Malah peminatnya masing-masing cuba meneka jantina bayi Jihan.
Tidak dinafikan kini Jihan kelihatan semakin menawan dan sihat dengan kandungannya yang semakin membesar.
Dalam pada itu, menerusi ruangan komen, pengikut Instagram Jihan mula membanjiri ruangan komen meluahkan rasa teruja sebaik sahaja melihat perutnya itu.
Ada juga yang memuji baby bump Jihan comel dan mendoakan agar dapat bersalin dengan selamat nanti.
Tidak kurang juga, terdapat pengikut laman sosial yang baru mengetahui berita kehamilannya.
Rata-rata peminat mendoakan kesihatan Jihan dan suaminya, Ungku Hariz semoga berada dalam keadaan baik.
Terdahulu, Jihan dan Ungku Hariz yang menjalinkan hubungan cinta sejak tahun 2007 telah disatukan pada Mac 2016.
Kakigosip mendoakan agar Jihan dan bayi sihat sehingga selamat dilahirkan nanti.
The post Jihan Muse Tayang Baby Bump appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jihan Muse Tayang Baby Bump
Anda sekarang membaca artikel Jihan Muse Tayang Baby Bump dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/jihan-muse-tayang-baby-bump.html