Judul : Jangan harap teknologi untuk sempurna
link : Jangan harap teknologi untuk sempurna
Jangan harap teknologi untuk sempurna
BEKAS pemain dram kumpulan Slayer, Dave Lombardo kecewa kerana ramai ‘drummer’ muda terlalu bergantung kepada teknologi untuk menjadikan persembahan mereka ‘sempurna’ seperti di studio dan situasi ‘live’.
Dave menyatakannya dalam temu ramah bersama program radio show SixX Strings, semalam.
Selain Slayer, dia juga pernah bersama kumpulan Suicidal Tendencies, Misfits dan Dead Cross.
Ditanya bagaimana suasana muzik didengar ketika membesar dan apa boleh dibuat sekarang untuk memastikan ia kembali seperti ketika itu, Dave berkata: “Saya rasa apa yang awak boleh lakukan adalah ‘lebih baik’ tidak menggunakan atau memanfaatkan kelebihan ada dengan penggunaan komputer.
“Maksud saya, jika ada Beat Detective [alat ‘beat-slicing’ yang menjadi sebahagian Pro Tools] yang membantu pemain dram, jangan gunakannya.
“Hantar saja pemain dram ke bilik rehearsal. Kemudian cari idea bagaimana melakukannya dan gunakan metronome. Selepas itu ketepikan metronome.
“Kemudian baru hantar pemain dram ke studio dan barulah pemain terbabit bermain seperti seorang manusia. Biarkan, jika boleh rakam beberapa bar muzik,” katanya.
Dave mengatakan sekarang wujud ‘pemuzik’ membuat rakaman hingga menghasilkan sesuatu berlebihan (overdo) dan mencipta sesuatu daripada apa tidak difikirkan.
“Apapun, apabila berada di pentas mereka tidak dapat melakukannya seperti di studio. Ini kerana terlalu bergantung kepada teknologi hingga tidak dapat menyesuaikan muzik memperbaiki situasi apabila diperlukan,” katanya.
Lombardo mengatakan kemajuan teknologi sejak beberapa dekad lalu mengubah cara masyarakat merakam dan menikmati muzik.
The post Jangan harap teknologi untuk sempurna appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Jangan harap teknologi untuk sempurna
Anda sekarang membaca artikel Jangan harap teknologi untuk sempurna dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/jangan-harap-teknologi-untuk-sempurna.html