It’s a girl!

It’s a girl! - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul It’s a girl!, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : It’s a girl!
link : It’s a girl!

Baca juga


It’s a girl!

“TIADA apa yang nak disorokkan kerana ia perkara baik. Lagipun hampir empat tahun saya dan isteri menunggu kelahiran bayi pertama kami, jadi tiada salahnya saya berkongsi kegembiraan dengan memberitahu jantina anak kami,” kata pelakon dan ahli perniagaan, Fizo Omar, 32, yang kelmarin mendedahkan di Facebook, bakal menyambut kelahiran bayi perempuan.

Mereka melakukan imbasan kandungan kelmarin dan pakar sakit puan, Dr Hamid Arshat yang merawat Mawar mengesahkan bayi itu perempuan.

Kandungan Mawar, 28, atau nama penuhnya, Mawar Abdul Karim sudah masuk enam bulan dan dia dijangka bersalin hujung Disember ini.

“Tak perlu saya buat kejutan mengenai jantina anak. Apabila Mawar disahkan hamil ia bukan hanya satu anugerah terindah daripada Allah SWT untuk kami berdua tetapi juga berkaitan pendidikan keibubapaan.

“Selama ini kami berdua tak tahu yang Mawar sukar hamil kerana ada ketumbuhan dan selepas menjalani pembedahan kecil tahun lalu, syukur tidak berapa lama kemudian dia disahkan hamil,” katanya.

Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar berkata, dia lega kerana sejak Mawar disahkan hamil sehingga kandungan hampir berusia enam bulan, isterinya itu tidak pernah mengalami alahan, muntah atau mengidam.

“Bagaimanapun Mawar sekarang banyak berehat di rumah dan sebaik saja tahu jantina bayi, kami mula membeli persiapan bayi yang semuanya berwarna merah jambu.

“Jika sebelum ini ibu dan ibu mentua melarang kami beli barang bayi kerana masih awal, sekarang saya dan Mawar tidak dapat menyembunyikan rasa teruja untuk menyambut kelahiran si kecil ini,” katanya.

Bercakap mengenai kebimbangannya terhadap remaja masa kini yang terbabit dengan kegiatan tidak sihat, Fizo bersama Dr Hamid Arshat dan pakar bedah mata yang juga pendakwah bebas, Datuk Prof Dr Muhaya Mohamad, menerbitkan video keibubapaan yang akan dimuat naikkan di YouTube.

“Anak-anak boleh dididik minda dan sikap mereka sejak berada dalam kandungan ibu lagi,” katanya.

The post It’s a girl! appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel It’s a girl!

Sekianlah artikel It’s a girl! kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel It’s a girl! dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/its-girl.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :