Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik

Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik
link : Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik

Baca juga


Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik

INDUSTRI hiburan berlandaskan Islamik dilihat kian mendapat tempat dalam persada seni tanah air dengan kemunculan beberapa program yang mengetengahkan unsur-unsur Islamik.

Demi meneruskan perkembangan positif ini, Astro Ceria sekali lagi membawakan program pencarian bakat cilik Islamik, Ceria i-Star 2017 yang akan mula bersiaran selama satu jam pada setiap Sabtu, mulai 7 Oktober, jam 9 malam.

Rancangan ini juga akan turut disiarkan di saluran Astro Prima (saluran 105) dan Maya HD (saluran 135). Program ini turut boleh ditonton di aplikasi Astro GO dan ‘on demand’.

Masih mengekalkan format dan konsep sama seperti musim terdahulu, konsert akhir akan bersiaran secara langsung manakala konsert mingguan selama enam minggu merupakan konsert rakaman.

Bintang utama program ini iaitu 11 peserta cilik terdiri daripada tujuh peserta solo dan empat peserta berkumpulan mewakili negara-negara Nusantara iaitu Malaysia, Indonesia dan Brunei.

Mengulas mengenai penganjuran Ceria i-Star 2017, Penolong Naib Presiden Perniagaan Gen Next Astro, Mohd Irwan Abdul Rauf berkata, kejayaan program Ceria i-Star pada tahun lalu telah meletakkan satu tanda aras tinggi dalam penerbitan program ini.

“Sambutan diterima sungguh di luar jangkaan baik daripada segi jumlah penyertaan semasa sesi uji bakat mahupun sokongan padu penonton membuatkan kami rasa bertanggungjawab untuk teruskan program yang mengangkat kandungan mesej Islamik menerusi kepelbagaian bakat ini bagi musim kedua.

“Uniknya program ini dapat ketengahkan anak-anak kecil luar biasa yang punya bakat berganda dan kami di Astro Ceria akan guna peluang yang ada ini sebaik mungkin untuk mendidik dalam masa yang sama menghiburkan penonton di rumah.

Kami yakin kekuatan konsep program ini mampu memikat hati penonton cilik khususnya dan seisi keluarga umumnya, seterusnya memastikan matlamat utama Ceria i-Star untuk sampaikan mesej Islamik kepada generasi muda tercapai,” katanya.

Untuk musim kedua ini, Ceria i-Star 2017 masih kekalkan pelawak, pelakon dan pengacara yang tidak asing lagi bagi penonton setia Astro Ceria, Nabil Ahmad dan penceramah bebas, PU Yeop sebagai pengacara. Mereka akan ditemani Dzawin Nur Ikram atau lebih dikenali sebagai Dzawin sebagai Pengacara Bersama.

Selain Nabil Ahmad, PU Yeop dan Dzawin, keluarga besar Ceria i-Star 2017 turut disertai Ustaz Amin Idris dan Imam Muda Asyraf yang bertindak sebagai Juri Tetap. Penilaian mereka akan disokong juri jemputan mingguan dari negara serantau yang akan duduki kerusi Juri Nusantara.

Tugasan penasihat pula terletak di bahu Ustaz Zulkefli Hamat yang akan memantau perkembangan setiap peserta, isi kandungan serta gaya persembahan supaya selari dengan garis panduan dan imej program.

Beliau akan dibantu saudara A Aris Kadir selaku guru persembahan yang akan membentuk setiap peserta demi pementasan sebuah persembahan mingguan yang hebat dan berkesan.

Program Ceria i-Star 2017 menawarkan hadiah wang tunai RM15,000 berserta trofi untuk juara, RM10,000 berserta trofi untuk pemenang tempat kedua dan RM5,000 beserta trofi untuk pemenang tempat ketiga.

The post Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik

Sekianlah artikel Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Ceria i-Star 2017: Medan Himpunan Bakat Cilik Islamik dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/ceria-i-star-2017-medan-himpunan-bakat.html

Subscribe to receive free email updates: