Judul : Beza 15 Tahun, Baim Wong & Kekasih Saling Terima Kekurangan
link : Beza 15 Tahun, Baim Wong & Kekasih Saling Terima Kekurangan
Beza 15 Tahun, Baim Wong & Kekasih Saling Terima Kekurangan
Hubungan cinta aktor popular Indonesia Baim Wong, 36, dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Vebby Palwinta semakin serius.
Menurut bintang sinetron Cinta 7 Susun itu, walaupun berbeza usia 16 tahun namun tidak menghalang mereka untuk membina hubungan malah saling menerima kelebihan dan kekurangan masing-masing.
“Ya meskipun beza 15 tahun, tapi Alhamdulillah kita boleh sama-sama faham kekurangan masing-masing, kerana kalau bercakap tentang kelebihan kan pasti banyak ya,” ujar Baim Wong seperti yang dilaporkan sebuah portal media Indonesia.
Tambah Baim, dia terpikat dengan gadis berusia 21 tahun itu bukan saja kerana dia memiliki paras rupa yang cantik tetapi kerana buah hatinya itu seorang wanita yang jarang keluar bersosial. Selain, keluarga Vebby juga dapat menerimanya dengan baik.
“Dia juga wanita yang baik, cantik, saleh dan anak rumahan. Keluarganya juga baik, dan kalau dia keluar juga saya nggak was-was ya, saya percaya sama dia,” ujarnya.
Baim mengaku akan melamar dan mengahwini Vebby Palwinta dalam masa terdekat ini tidak mahu bercinta lama-lama dengan aktres muda itu.
Terdahulu, nama Baim pernah menjadi bualan hangat netizen Malaysia ekoran dia digosipkan dengan aktres Elfira Loy.
The post Beza 15 Tahun, Baim Wong & Kekasih Saling Terima Kekurangan appeared first on Berita Viral.
| Online News MalaysiaKhabar Malaysia
Demikianlah Artikel Beza 15 Tahun, Baim Wong & Kekasih Saling Terima Kekurangan
Anda sekarang membaca artikel Beza 15 Tahun, Baim Wong & Kekasih Saling Terima Kekurangan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/09/beza-15-tahun-baim-wong-kekasih-saling.html