Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut

Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut
link : Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut

Baca juga


Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut

Pada masa kini, dengan pembangunan yang sedang pesat membangun, dan persaingan antara satu sama lain, termasuk juga dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ini membuatkan ramai di antara kita mencari sumber pendapatan tambahan.

Ramai wanita pada masa kini memiliki kerjaya mereka sendiri, dan secara tidak langsung ada pendapatan sendiri.

Begitu juga dengan isteri atau ibu kepada anak-anak yang mana bekerja juga, walaupun pada asasnya suami mampu untuk menanggung kehidupan bersama.

Tetapi, kenapa perlunya wanita untuk bekerja, jika semuanya sudah cukup?

Menerusi perkongsian dari Faizul Ridzuan ini, jawapan yang diberikan akan isu ini, sedikit sebanyak boleh dijadikan iktibar akan mengapa perempuan perlu juga mempunyai kerjaya mereka sendiri.

Mari kita ikuti perkongsian darinya.

FR. Kenapa Isteri Kamu Masih Kena Kerja?
Salam semua, saya sering kali ditanya kenapa isteri saya masih kena kerja walaupun kami boleh menjalani gaya hidup sebagai orang kelas pertengahan, kalau ikutkan gaji saya bersendirian.

Baru-baru ini, kes-artis-pukul-bini-dalam-pantang-sebab-nak-karaoke-dgn-gf, secara tak langsung buatkan ramai marah dan buatkan pemikiran saya mengenai kenapa isteri harus ada kerjaya walaupun selepas berkahwin.

Bagi saya, keputusan ini berdasarkan dari pengalaman peribadi keluarga. Ayah saya, seorang yang berpendirian tradisional, dan tak nak mak bekerja, hanya jaga anak-anak sahaja.

Pada waktu itu, dia bertugas sebagai ‘boilerman’ di salah sebuah hotel KL dan bisnes sampingan kereta terpakai.

Mak saya bekerja dengan kerajaan untuk ROC pada waktu itu, dan inginkan ada pendapatan sendiri. Selepas beberapa tahun berbincang, mak bersetuju dan bersara lebih awal.

Kemudian, pada tahun 97-98 berlaku krisis kewangan Asia. Ayah kehilangan kerja di hotel dan perniagaan kereta terpakai merudum. Kesemua duit simpanan habis dan keluarga kami tiada sumber pendapatan, sebab ayah tiada kerja dan mak bersara awal, 1-2 tahun sebelum itu.

18-24 bulan mendatang adalah saat yang sukar untuk keluarga kami, kerana tiada pendapatan dan terpaksa berjimat. Kebanyakan masa, kami makan nasi dan telur sahaja.

Jadi, bila dah berhadapan dengan situasi itu, bila mana mula bercinta, saya katakan kepada bekas kekasih yang saya inginkan dia bekerja dan tidak menjadi surirumah sepenuh masa, walaupun kami mampu.

Jika ada apa-apa berlaku, keluarga saya tidak akan terputus sumber pendapatan. Dan hari ini, isteri saya masih bekerja dan jika ada apa-apa terjadi kepada saya, dua orang puteri saya tidak akan mengalami nasib yang sama dengan saya dahulu.

Adakah ini yang terbaik untuk keluarga? Saya tak tahu. Tapi ini apa yang saya tahu:

1. Ada perkahwinan yang tak bertahan lama. Pasangan yang dahulunya terpaksa korbankan kerjaya, perlu mencari kerja semula, dan kerana dah lama tak bekerja, perlu bermula dari bawah semula.

2. Pencari nafkah yang utama, boleh kehilangan kerja

3. Pencari nafkah keluarga boleh terlibat dalam kemalangan, meninggal, atau menjadi cacat.

4. Perniagaan mungkin berkembang maju 1-2 tahun, dan mungkin tidak menguntungkan sepenuhnya untuk tahun mendatang. Jika tiada simpanan yang mencukupi, seluruh keluarga akan menderita.

5. Paling teruk, pasangan akan mula mencari yang lain dan tidak mengendahkan pasangannya.

Ya, isteri saya bekerja. Dia ada kerjayanya yang sendiri. Buat yang terbaik setiap hari, kerana tiada yang pasti alam dunia ini. Dia bekerja supaya nanti anak-anak ada masa depan yang terjamin. Bagi saya, itu juga salah satu tanda kasih sayang, walaupun masa yang diluangkan bersama berkurang.

Jika suami meminta anda untuk bekerja, tidak bermaksud dia mahukan duit anda. Ia mungkin dia risau akan apa yang akan berlaku kepada keluarga nanti, jika sesuatu berlaku kepadanya.

Dan jika isteri mahu bekerja, tidak bermaksud dia tidak mahu menjadi isteri dan ibu yang baik. Dia cuma mahu pastikan dirinya baik, jika apa-apa terjadi apad suami.

Cinta/kasih sayang juga berkait dengan tanggungjawab, bukan?

- Siakap Keli

BACA: 'Bila Suami Dapat Gaji, Benda Paling Best Adalah Pergi Supermarket Beli Barang Dapur... ' - 'Isi Hati' Suri Rumah Sepenuh Masa Perlu Setiap Suami Tahu


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut

Sekianlah artikel Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Suami Dah Ada Pendapatan Yang Cukup Untuk Sara Keluarga, Kenapa Isteri Kena Kerja? Lelaki Ini Jawab Persoalan Tersebut dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/suami-dah-ada-pendapatan-yang-cukup.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :