Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017

Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017 - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017
link : Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017

Baca juga


Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017

KUALA LUMPUR – Sasaran kerajaan untuk membina satu juta unit rumah mampu milik (RMM) dijangka dapat dilepasi menjelang penghujung tahun ini, menurut Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Kementerian itu dalam jawapan bertulis kepada Wong Tien Fatt (DAP-Sandakan) di Dewan Rakyat hari ini berkata sehingga April lalu, jumlah unit RMM yang disasarkan untuk pembinaan adalah 875,490 buah, dan daripada jumlah itu, 237,738 unit telah siap dibina sepenuhnya.

Harga jualan setiap unit RMM ditetapkan pada harga siling maksimum RM300,000.

Menurutnya, Kedah mencatat jumlah RMM yang paling banyak telah disiapkan iaitu 42,131 unit diikuti Selangor (34,344 unit), Johor (25,410 unit), Perak (20,952 unit), Melaka (17,750 unit), Sabah (17,665 unit), Terengganu (15,906 unit), Pahang (14,650 unit).

Pulau Pinang (13,278 unit), Kelantan (12,893 unit), Kuala Lumpur (5,810 unit), Sarawak (5,220 unit), Putrajaya (1,123 unit) dan Wilayah Persekutuan Labuan (172 unit).

Wong minta penjelasan bilangan unit RMM yang dibina selepas Pilihan raya Umum ke-13 dalam pecahan negeri, lokasi dan bilangan.

Mengenai Skim Sewa Untuk Beli, menurut kementerian itu, walaupun skim berkenaan buat masa ini adalah khusus bagi rumah di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR), ia menpunyai potensi untuk diperluaskan bagi pembelian unit rumah yang dibangunkan agensi-agensi dan kerajaan negeri yang lain pada masa akan datang. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017

Sekianlah artikel Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017 kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Sasaran Bina 1 juta Rumah Mampu Milik Akhir 2017 dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/sasaran-bina-1-juta-rumah-mampu-milik_1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :