Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan

Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan
link : Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan

Baca juga


Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan

KUALA LUMPUR – Penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memang perlu mengemas kini borang permohonan bantuan setiap tahun bertujuan untuk kajian semula penerima bantuan yang layak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nancy Shukri berkata penyemakan semula status penerima bantuan perlu dilakukan agar JKM di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dapat menentukan sama ada bantuan masih layak diberikan dan secara langsung mengurangkan ketirisan bantuan daripada kerajaan.

“Memang menjadi hasrat kita untuk tidak menyusahkan mereka (golongan sasar) dan membantu mereka namun kita juga perlu patuh pada peraturan tertentu. Kemungkinan akan berlaku kes di mana penerima bantuan yang meninggal dunia tidak dilaporkan dan bantuan kewangan dilakukan berterusan.

“Perkara ini banyak berlaku dan akhirnya pewaris terpaksa membayar semula kepada kementerian. Ini yang kita perlu elakkan,” katanya.

Nancy berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Normala Abdul Samad (BN-Pasir Gudang) di Dewan Rakyat mengenai bagaimana cara pihak kerajaan boleh meneruskan memberi bantuan tanpa menyukarkan golongan itu untuk membuat pendaftaran setiap tahun.

Nancy berkata daripada jumlah 483,637 kes penerima bantuan, seramai 40,990 kes iaitu 8.47 peratus dihentikan bantuan sama ada penerima bantuan masih hidup, telah meninggal dunia atau berpindah keluar daerah.

Bagaimanapun, katanya, kementerian menerusi JKM berusaha membantu penerima bantuan agar berdikari melalui penglibatan aktif dalam bidang keusahawanan melalui pendekatan kebajikan produktif dengan pemberian Bantuan Geran Pelancaran (BGP) pada kadar RM2,700 sekali gus.

“Dari 2010 hingga 2016, seramai 5,757 orang telah menerima manfaat BGP dengna implikasi kewangan sebanyak RM19.94 juta.

“Daripada jumlah tersebut, seramai 3,451 orang telah mampu menjana pendapatan melebihi RM300 sebulan daripada pendapatan sedia ada, manakala sehingga Mei tahun ini, seramai 349 klien JKM menerima BGP dengan perbelanjaan sebanyak RM446,300,” jelasnya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan

Sekianlah artikel Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Penerima Bantuan JKM Perlu Kemas Kini Permohonan dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/penerima-bantuan-jkm-perlu-kemas-kini_1.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :