Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi

Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi
link : Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi

Baca juga


Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak  menggesa lebih 3.7 juta rakyat yang masih belum mendaftar sebagai pemilih supaya segera berbuat demikian kerana hala tuju negara terletak di tangan mereka.

“Janganlah bersikap ambil mudah dengan membiarkan orang lain membuat keputusan untuk anda, kerana keputusan tersebut sudah tentu akan memberi impak besar kepada hidup anda dan keluarga,” katanya dalam catatan laman blog najibrazak.com.

Beliau menegaskan bahawa suara mereka penting dalam menentukan masa depan mereka sendiri selain anak cucu dan negara.

Memetik laporan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Najib berkata lebih 3.7 juta orang berumur 21 tahun dan ke atas masih belum mendaftar sebagai pemilih setakat 31 Mac lalu berbanding 18 juta jumlah keseluruhan rakyat yang layak mendaftar.

Perdana menteri berkata statistik itu merupakan indikator bahawa kesedaran rakyat terhadap hak dan tanggungjawab mereka kepada negara masih rendah.

Najib sekali gus meminta semua agensi berkaitan memperhebat usaha penerangan serta mendaftarkan mereka yang layak mengundi.

“Peratusan pengundi keluar mengundi juga harus ditingkatkan lagi berbanding Pilihan Raya Umum ke-13 dengan hanya 84.84 peratus atau 11.2 juta pengundi telah keluar mengundi,” kata Perdana Menteri.

Mengulas lanjut, Najib berkata mungkin ada yang menganggap proses mendaftar leceh dan menyusahkan namun pandangan itu amat salah kerana proses pendaftaran hanya mengambil masa kurang daripada lima minit.

“Berbekalkan kad pengenalan, anda hanya perlu ke pejabat pos atau pejabat SPR  atau pejabat pilihan raya negeri berdekatan,” katanya.

Mengundi, tegas beliau adalah tanggungjawab setiap rakyat Malaysia yang layak bagi menentukan masa depan mereka, keluarga dan masyarakat.

“Ia merupakan satu proses demokrasi yang mana kuasa diberi kepada rakyat untuk memilih pemimpin dan kerajaan… yang mempunyai visi dan mampu memacu Malaysia ke arah mencapai status negara maju,” kata Najib. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi

Sekianlah artikel Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Najib Gesa Lebih 3.7 Juta Rakyat Segera Sebagai Pengundi dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/najib-gesa-lebih-37-juta-rakyat-segera.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :