MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS

MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS
link : MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS

Baca juga


MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS

SEREMBAN – Orang ramai yang sering menggunakan khidmat pengangkutan awam terutama bas kini boleh menarik nafas lega apabila myBAS Seremban memulakan perkhidmatannya di kawasan Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) dan Klinik Kesihatan Seremban (KKS) di sini semalam.

Sebelum ini, perkhidmatan myBAS Seremban tidak meliputi kedua-dua lokasi itu.

Pengarah Kesihatan negeri Dr. Zainudin Mohd Ali berkata perkhidmatan ini akan bermula seawal pukul 7 pagi sehingga 10 malam dengan kekerapan setiap 20 minit pada setiap hari termasuk hari cuti umum dan hari kelepasan am.

“Mulai semalam, perkhidmatan myBAS Seremban telah mula membuat perhentian di KKS dan memasuki kawasan HTJS bagi memberi perkhidmatan kepada orang ramai yang berurusan di kedua-dua tempat itu,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berharap dengan adanya perkhidmatan myBAS Seremban itu, isu kekurangan tempat letak kereta terutamanya di HTJS dapat dikurangkan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya orang ramai menggunakan perkhidmatan bas yang disediakan itu untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan di bandar ini.

Katanya kerjasama Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) dengan pihaknya bagi memulakan perkhidmatan ini agar dapat memudahkan orang ramai mendapat akses perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bandar ini.

“Ini adalah sejajar dengan misi Kementerian Kesihatan iaitu memudahkan dan membolehkan rakyat mencapai sepenuhnya potensi mereka dalam kesihatan,” katanya. – BERNAMA

Loading...


First Appear On Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS

Sekianlah artikel MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel MyBAS Seremban Mula Perkhidmatan Ke HTJS dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/mybas-seremban-mula-perkhidmatan-ke-htjs_2.html

Subscribe to receive free email updates:

Related Posts :