Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak

Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak - Hallo sahabat Khabar Malaysia, Pada Artikel yang anda baca kali ini dengan judul Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak, kami telah mempersiapkan artikel ini dengan baik untuk anda baca dan ambil informasi didalamnya. mudah-mudahan isi postingan Artikel Khabar, Artikel Malaysia, Artikel Malaysia Today, Artikel News, Artikel Terbaru, Artikel Update, yang kami tulis ini dapat anda pahami. baiklah, selamat membaca.

Judul : Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak
link : Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak

Baca juga


Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak

HATI ibu mana yang tidak sedih apabila melihat sikap cemburu si anak.

Itu situasi yang dihadapi oleh aktres Lisa Surihani sejak melahirkan bayi keduanya iaitu Yusof Leonne pada 23 April lalu.

Mana tidaknya kata Lisa, anak pertamanya, Yahaira Leanne yang bakal berusia dua tahun September ini menunjukkan perubahan sikap ketara dan sering meragam apabila dia memangku untuk menyusukan Yusof.

“Masa mula-mula dahulu dia memang sayangkan dan rapat dengan Yusof tetapi selepas dia melihat saya menyusukan adiknya, Yahaira mula berubah sikap.

“Dia sering menangis apabila nampak saya menyusukan Yusof dan meragam untuk mendapatkan perhatian saya dan suami.

“Saya tidak mahu Yahaira berasa sedih begitu kerana dia rasa seperti diketepikan.

“Situasi itu benar-benar buat saya patah hati kerana saya dalam dilema kerana perlu memastikan Yusof mendapat perhatian dan diberikan susu badan,” katanya.

Bagaimanapun kata Lisa, dia melihat situasi itu sebagai satu proses pembelajaran untuknya dalam memastikan kedua-dua anaknya mendapat perhatian sama rata.

Kata Lisa, amat penting bagi ibu-bapa untuk membahagikan masa sama rata agar anak-anak yang masih kecil tidak berasa terabai.

“Secara perlahan-lahan saya mula belajar untuk membahagikan masa agar tiada di antara mereka merasakan seperti tidak penting dan mendapat kasih sayang sama rata.

“Walaupun sudah mempunyai cahaya mata tetapi dengan kehadiran Yusof saya sedar kaedah penjagaan dan mendidik anak itu tidak lagi sama dan perlu mengikut situasi mereka,” jelasnya.

Lisa memberitahu dia gembira apabila kaedah digunakan mula menampakkan hasil dan Yahaira mula menerima Yusof dengan baik.

“Alhamdulillah walaupun masih kecil tetapi nampaknya dia sudah mula memahami bahawa Yusof adalah adiknya.

“Sekarang Yahaira lebih rileks dan mula menerima Yusof dan tidak mahu lepas pula,” ceritanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Lisa dan suaminya, Yusry Abdul Halim bakal kembali menerusi program infotaimen iaitu eBu Babypedia yang memfokuskan kepada hal-hal keibubapaan.

Ia bakal menemui penonton bermula 26 Julai ini, 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

The post Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak appeared first on Berita Viral.

| Online News Malaysia

Khabar Malaysia


Demikianlah Artikel Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak

Sekianlah artikel Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak kali ini, mudah-mudahan bisa memberi manfaat untuk anda semua. baiklah, sampai jumpa di postingan artikel lainnya.

Anda sekarang membaca artikel Lisa Surihani Sedih Melihat Si Anak dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/lisa-surihani-sedih-melihat-si-anak_28.html

Subscribe to receive free email updates: