Judul : Kucing Baik Hati Balas Jasa, ‘Jaga’ Kubur Tuannya Selama Setahun
link : Kucing Baik Hati Balas Jasa, ‘Jaga’ Kubur Tuannya Selama Setahun
Kucing Baik Hati Balas Jasa, ‘Jaga’ Kubur Tuannya Selama Setahun
BERBUAT baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Berbuat baik kepada haiwan, di akhirat sana pasti ada balasan baik untuk kita.
Itulah yang terjadi di sebuah perkampungan dekat Jawa Tengah, Indonesia. Seekor kucing betina telah kematian tuannya sejak setahun lalu dan telah mengambil tanggungjawab untuk menjaga kubur itu. Apa yang lebih mengejutkan ialah kucing itu masih lagi menjaga kubur tuannya sehingga kini.
Sepanjang tempoh itu, si kucing ini berada di sisi kubur tuannya itu. Kubur itu dijadikan tempat tidur dan tempatnya bermain tapi cuma akan ditinggalkannya bila mahu mencari makanan.
Menurut nama yang terdapat dekat batu nisan itu, tertera nama Ibu Kundari. Mungkin itulah nama tuan kucing yang baik hati ini.
Menurut seorang penduduk tempatan, Keli Keningau Prayitno,28, dia pernah cuba untuk membawa balik kucing itu untuk dibelanya, tapi akhirnya kucing itu kembali semula ke kubur tuannya.
“Semenjak tuannya meninggal dunia, dia hanya tinggal di kubur ini dan langsung tidak mahu pulang ke rumah. Sudah hampir setahun dia berada di sini.Pada mulanya saya ingatkan kucing ini tidak bertuan dan cuba mengambilnya untuk dibela. Tetapi kucing ini tetap pulang ke tempat itu,”
Walaupun kucing ini pernah ditawarkan makanan dan minuman oleh Keli, dia tetap tidak menghiraukannya kerana tak mahu berjauhan dari pusara itu.
“Pernah saya cuba mengekorinya. Rupa-rupanya bila dia menghilang dari kubur tuannya itu, dia pergi ke rumah yang pernah menjadi tempat tinggalnya untuk mendapatkan makanan dari anak-anak tuannya dan kembali semula ke kubur tuannya selepas selesai makan.Sedihnya tengok keadaan kucing ini. Betapa akrabnya hubungan kucing ini dengan tuannya,” kata Keli lagi
Itulah yang dikatakan, bila kita berjasa dengan haiwan, mereka akan membalas semula budi kita. Tak kira waktu kita hidup atau sudah tiada lagi.
Media tempatan Indonesia juga ada melaporkan bahawa kucing itu sanggup berjalan jauh demi mendapatkan makanan di rumah arwah tuannya itu. Selepas diberi makan oleh anak-anak tuanya, dia akan pulang semula ke pusara tuannya dekat Jawa Tengah itu.
Jadi, kalau ada kucing jalanan mintak makan waktu anda tengah sedap makan dekat gerai, hulur lah sikit makanan untuk haiwan comel ni. Mereka tak pernah mintak untuk jadi kucing jalanan yang selalu dibenci oleh sesetengah golongan manusia yang kejam.
Bukan apa, kadang-kadang dalam rezeki kita tu ada sedikit rezeki haiwan ini. Jangan kedekut nak berkongsi. Pahala pun dapat. Haiwan seperti itulah yang akan mendoakan kita walaupun kita cuma bagi seketul tulang ayam.-MYNEWSHUB.CC / Ainaa Hafizah
Loading...
First Appear On Online News Malaysia
Khabar Malaysia
Demikianlah Artikel Kucing Baik Hati Balas Jasa, ‘Jaga’ Kubur Tuannya Selama Setahun
Anda sekarang membaca artikel Kucing Baik Hati Balas Jasa, ‘Jaga’ Kubur Tuannya Selama Setahun dengan alamat link https://khabardarimalaysia.blogspot.com/2017/08/kucing-baik-hati-balas-jasa-jaga-kubur.html